Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 8 Julai 2011

Azmin perlu betulkan alamat dahulu sebelum bercakap soal ‘pengundi hantu’.

'Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi sendiri'.... Dasar pengkhianat bangsa, agama dan negara....
TIMBALAN Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sepatutnya memperbetulkan alamat pendaftaran pusat mengundinya terlebih dahulu sebelum menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan program pengundi hantu.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof  berkata, Azmin bersama isteri dan adik perempuannya sepatutnya tidak boleh berdaftar sebagai pemilih menggunakan alamat rumah ibunya.

Menurut beliau, sistem SPR membuat semakan dan mendapati lokaliti mereka masih berada di Klang Gate.

“Mengenai kes empat pengundi berketurunan Cina dan seorang pengundi Melayu yang didakwa menggunakan alamat rumah ibunya, hal itu berlaku kerana alamat yang digunakan hampir sama.

“Alamat yang digunakan hampir sama, satu adalah 1E, Jalan Genting Lama, Klang Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur manakala alamat ibu Azmin pula 1E, Kampung Klang Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur,” katanya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abd. Aziz 
Beliau mengulas isu yang dibangkitkan Azmin dalam sidang Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu mengenai pemilih yang mendaftar di alamat rumah ibunya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Bulan Semakan Daftar Pemilih 2011, di Putrajaya, Khamis.

Abd. Aziz berkata, pihaknya bukan sengaja meletakkan lokaliti pemilih menggunakan alamat yang sama.

Menurutnya, kes yang berlaku pada Azmin itu adalah kes terpencil dan SPR bersedia membetulkan keadaan tersebut.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
‘Mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih.’
Demikian peribahasa yang sesuai dengan perangai songsang Timbalan Presiden PKR yang hidupnya pun memang songsang dan tongang-langgang.

Dia duduk di tempat lain tetapi mendaftar sebagai pengundi di tempat lain. Lepas itu dakwa wujud ‘pengundi hantu’ dalam senarai pengundi SPR.

Sebenarnya Azmin sendirilah yang jadi ‘pengundi hantu’.

Sesuai sangatlah dengan perangai dia yang memang macam hantu, sebagaimana yang pernah didedahkan sendiri oleh adiknya – Ummi Hafilda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog