Inilah wajah Pengarah Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara, Maureen Aung Thwin |
Keadaan itu menyebabkan Bersih tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa patuh kepada percaturan pihak asing, yang mahu melihat perhimpunan berkenaan tetap menjadi kenyataan apabila bertegas mahu Stadium Merdeka dan menolak tawaran di Stadium Shah Alam.
Terbaru, bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar tampil mendedahkan bahawa pada 27 Jun hingga 2 Julai lalu, Pengarah Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara, Maureen Aung Thwin telah bertemu dengan pemimpin pembangkang serta pertubuhan yang bernaung di bawah Bersih.
Menurut Chandra, pertemuan tersebut dipercayai bagi membincangkan mengenai isu dana kepada Bersih kerana Projek Burma/Inisiatif Asia Tenggara dikendalikan Open Society Foundations (OSF), yang mana Ambiga sendiri baru-baru ini mengakui Bersih menerima dana daripada OSF.
“Saya memandang berat penglibatan Maureen dan OSF kerana pada tahun 1999 hingga 2001, badan ini memang membiayai operasi PKR. Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999 Maureen datang ke pejabat saya di Petaling Jaya untuk membiayai PKR (atas permintaan Anwar Ibrahim).
“Saya tanya Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai perkara itu, tetapi dia dan Anwar menafikannya. Saya mempercayainya ketika itu, tetapi perkembangan selanjutnya yang mengaitkan beberapa orang pemimpin Zionis di Amerika Syarikat dengan Anwar menyakinkan saya bahawa dia sebenarnya berbohong.
“Hakikatnya, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch yang kemudiannya menghantar Maureen ke Malaysia,” katanya seperti dipetik dari blog http://www.pisau.net, hari ini (Rabu).
Minggu lalu, sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, ratusan ribu ringgit dana asing telah disalurkan kepada Bersih oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing yang berpangkalan di Eropah, melalui akuan persendirian milik seorang pemimpin Bersih dan juga melalui akuan NGO yang bernaung di bawah pertubuhan haram tersebut.
- Utusan
SATU MELAYU:
Patut ler setelah hiruk-pikuk mula tenang kerana si Ambiga dah menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan janji tidak berhimpun di jalanan, tetiba perkara ini jadi hangat kembali apabila mereka berkeras mahu adakan perhimpunan di Stadium Merdeka pulak. Nak buat kacau di Kuala Lumpur. Kalau di Shah Alam tak ada peluang nak huru-harakan KL.
Biarkanlah.... Mereka nak sangat rasa macam mana yang bertlaku di Mesir. Nak ubah kerajaan melalui tunjuk perasaan jalanan dan huru-hara. Lepas tu tak juga aman dan sejahtera rakyat Mesir setelah pemimpinnya berjaya diturunkan. Makin teruk adalah....
Bangang punya penyokong yang tak tahu guna otak yang diberikah Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan