Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 Julai 2011

Tahniah dan syabas.... Polis mula sekatan jalan halang Bersih

POLIS telah mula mengadakan sekatan-sekatan di beberapa jalan utama di ibu negara sebagai pencegahan awal dan strategi bagi menghalang perhimpunan haram Bersih, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, semua warga kota dan penduduk berhampiran diminta bersabar kerana tindakan itu sudah pasti menyusahkan mereka.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut strategi polis itu termasuk lokasi-lokasi sekatan diadakan.

"Kita terpaksa adakan sekatan dan pelbagai lagi cara yang pastinya akan menyusahkan pelbagai pihak pada hari berkenaan," katanya pada sidang akhbar pada Program Keselamatan Kanak-kanak dilancarkan Kumpulan Perbankan RHB di Pusat Beli-belah Sunway Piramid, Petaling Jaya, Sabtu.

Khalid seterusnya menasihatkan orang ramai tidak berada di lokasi tumpuan perhimpunan haram Bersih bagi mengelakkan mereka turut sama ditahan.

Katanya, sebaliknya golongan itu diminta agar ke tempat yang lebih selamat seperti pusat-pusat beli-belah di luar ibu negara.

"Kami tidak mahu salah tangkap mereka yang tidak berkenaan, hanya kerana mereka berada di situ. Oleh itu saya menasihati supaya mereka tidak ke sana kerana itu adalah perhimpunan haram.

"Lebih baik anda bersama keluarga atau bersantai di pusat beli-belah pada hari itu," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengingatkan tindakan tegas akan turut dikenakan kepada semua ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) serta UMNO yang dijangka mengadakan perhimpunan pada tarikh sama.

"Kita akan mengambil tindakan meskipun kepada mereka yang berada di pihak kerajaan. Ini kerana polis telah memanggil mereka untuk diberi nasihat agar tidak mengadakan perhimpunan itu," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak berkuasa polis selaku penjaga kenteraman awam atas usaha gigih yang berterusan menbhalang usaha pengkhianat negara melakukan rusuhan dan kekacauan.
Majoriti rakyat menyokong penuh tindakan polis seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog