Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 5 Julai 2011

Sebab miker lerr ‘Bersih 2.0’ tak jadi. Baru deme sedor akibatnya....


TANPA diduga, entri teman pada Ahad, 3 Julai bertajuk Biarkan negara diisytihar ‘Dharurat’. Banyak masalah boleh selesai....menyebabkan seorang sahabat lama dari Shah Alam menelefon menyalahkan SM. Walaupun dalam gaya bergurau, tapi di hati SM terasa juga pada mulanya.

Melalui perbualan telefon antara kami, sahabat berkenaan berkata: “Sebab miker lerr deme nak batalkan perhimpunan Bersih. Apa yang miker tulis tu menyebabkan deme sedor bahawa jika Bersih 2.0 diteruskan, mungkin negara akan diisytihar dharurat dan pilihan raya umum ke 13 entah bila baru diadakan....”

“Bior benor yob! Takkan kerana tulisan teman yang tak seberapa dan tersiar pula melalui blog yang kerer ni boleh menyebabkan mereka batalkan Barsih. Lagi pun takkanlah Ambiga atau Anwar baca belog taman ni,” jawab SM sambil ketawa.

“Jangan miker merendah diri benor.... nanti kena pijak-pijak kalau dah terlalu rendah,” balasnya dalam nada gurau.

Setelah bertanya khabar dan berbual mengenai keluarga serba sedikit, sahabat itu meneruskan pandangannya mengenai perkembangan terbaru Bersih.

“Benor! Anwar Ibrahim dan konco-konconya seperti Mat Sabu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng baru tersedar bahawa jika Bersih 2 diteruskan, besor kemungkinan pergaduhan akan berlaku di Kuala Lumpur atau di mana jua dalam negara ini apabila puak Bersih 2 dan kumpulan yang menentangnya bertempur.

“Akibatnya, negara akan dikenakan perintah berkurung bagi kawasan-kawasan di mana bertempuran berlaku dan tidak mustahil Yang di-Pertuan Agong akan isytiharkan negara berada dalam dharurat.

“Justeru, pentadbiran negara akan diambilalih oleh Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN sapertimana yang berlaku selepas Tragedi 13 Mei dulu. Bila negara di bawah pemerintahan dharurat, mana ada parlimen, mana ada DUN? Dan yang lebih penting PRU-13 juga sudah tentu tidak akan diadakan selagi negara di bawah pentadniran MAGERAN.

“Tepat macam apa yang miker tulis melalui perbualan miker dengan bekas YB berkenaan.... Siapa YB yang miker lawan bersembang tu? Teman kenal ke agaknya?” kata sahabat itu dengan panjang lebar.

SM pun khabarkan kepadanya siapa YB yang dimaksudkan dan diapun ketawa sambil berkata, “Kalau si polan tu teman yakin dan percaya dengan apa yang miker tulis.”

“Takkan teman nak tulis benda yang tak benar pulak.... Lagipun apa yang dikatakan bekas YB tu adalah sesuatu yang logik dan tidak mustahil boleh berlaku,” jawab SM.

Banyak lembu-lembu demer dah takut nak join....
Bagaimanapun, SM jelaskan kepadanya bahawa belum tentu Bersih 2.0 akan dibatalkan. Mereka yang terlibat dah terlajak jauh dan maruah mereka akan terjejas teruk jika ianya dibatalkan kerana tentangan puak yang menentang mereka.

“Teman rasa mereka akan batalkan. Sebabnya kerana mereka tidak dapat sokongan. Budak-budak kampung yang cuba diimport ke Kuala Lumpur oleh agen penganjur tak berani ikut serta kerana halangan keluarga akibat tentangan hebat kumpulan penentang Bersih bukan satu gurauan, tetapi serius.

“Kenyataan NGO persilatan negara yang bukan main-main itu membuatkan ramai yang berjanji untuk ikut serta ke KL menarik diri.

“Lebih teruk lagi, teman dapat khabar, ada pengusaha bas sekolah yang disewa untuk bawa bebudak kampung ke KL telah memulangkan wang cengkeram kepada agen penganjur kerana tidak mahu terlibat. Mereka takut bas mereka akan dirosakkan atau mungkin pihak berkuasa membatalkan lesen mereka.”

“Lagipun bas sekolah berwarna kuning,” balas SM sambil kami ketawa serentak.

“Apapun sama-sama kita nantikan apa kesudahannya kepada drama Bersih 2.0 ni,” kata SM cuba menutup perbualan.

Tapi, sahabat berkenaan terus mahu berbicara. Katanya, “Deme dah takut. Lim anak beranak dah kecut teloq kerana Melayu Penang akan bangkit menghuru-harakan Penang. Jambatan Penang akan disekat oleh mereka yang akan mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat jika Bersih masih ingin diteruskan esoknya.

“Silap-silap, perhimpunan Bersih di KL tak jadi kerana pada Jumaat malam huru-hara dan kekacauan telah tercetus di Penang. Usop Wilcha dah bakor deme di sana.....” katanya serius.

“Bior betul yob! Mana miker dapat cerita ni?” balas teman.

“Itu ramalan teman jer.... Tak ada siapa yang kata atau beritahu teman. Tajuknya, deme yang mengilhamkan Bersih 2.0 telah takut, penyokong pun takut dan yang lebih penting PRU-13 entah bila bari boleh diadakan jika kekacauan berlaku.

“Apa guna deme nak bersihkan SPR atau undang-undang pilihan raya kalau PRU-13 tak dapat diadakan?” jelasnya bersungguh-sungguh.

“Ok ler yob! Kita tunggu ajer lerr apa kesudahannya nanti,” kata SM mahu memberhentikan perbualan.

Setelah berbalas ucapan salam, sahabat itu sempat berkata: “Kita bakor ajer...”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog