Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 7 Julai 2011

Bersih kekal sebagai pertubuhan haram. Peluang menghadap Agong bukan lesen menghalalkan Bersih 2.0....

DATUK Seri Najib Tun Razak menegaskan, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap kekal sebagai sebuah pertubuhan haram kerana ia tidak pernah didaftarkan.

Justeru, Perdana Menteri berkata, sebarang rancangan kumpulan terbabit untuk mengadakan perhimpunan secara tertutup termasuk di Stadium Merdeka adalah bergantung kepada keputusan pihak berkuasa terutama polis.

''Sekiranya terdapat permohonan rasmi, kumpulan itu juga perlu patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan seperti pihak yang memohon mestilah merupakan sebuah pertubuhan berdaftar.

''Kita serahkan kepada pihak berkuasa terutama polis untuk menentukan dari segi keselamatan dan sebagainya. Polis akan kenakan syarat keselamatan demi kepentingan orang ramai dan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan Pusat Penyelidikan Keusahawan Wanita Cina Malaysia di Dewan Persatuan Hokkien di Kelang, petang Rabu.

Perdana Menteri ditanya mengenai keputusan terbaru Bersih yang bercadang mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka selepas membatalkan rancangan awal mengadakan perhimpunan haram di jalan raya pada Sabtu ini.

Najib menjelaskan, pihak berkuasa akan membuat keputusan sekiranya terdapat permohonan rasmi daripada pihak terbabit. Bagaimanapun setakat ini belum ada permohonan diterima.

''Sebarang keputusan akan dibuat oleh pihak berkuasa, saya katakan (maksudkan) kerajaan dan ia boleh jadi mana-mana satu. Kerajaan tidak bermakna saya secara spesifik," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Penganjur Bersih 2.0 cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa Bersih telah mendapat kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk anjurkan perhimpunan dan perarakan beramai-ramai di Kuala Lumpur.

Sekarang Ambiga telah mempergunakan peluang kebenaran ‘menghadap’ Yang di-Pertuan Agong dua hari lalu sebagai lesen khas untuk Bersih meneruskan perhimpunan pada Sabtu setelah membuat kenyataan bersetuju menukar perhimpunan daripada di jalanan kepada di stadium.

Patutkah rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu membuarkan etnik pendatang ini mempermainkan institusi Raja-raja Melayu sesuka hati seolah-olah orang Melayu semuanya bodoh dan bangang sepertimana puak yang menyokong agenda tersembunyi mereka?

Ambiga seolah-olah melaksanakan apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim semalam yang bermaksud ‘permit polis tidak diperlukan setelah penganjurnya menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Siapa yang kena mainkan sekarang? Rakyat keseluruhannya, orang Melayu yang menentang Bersih 2.0, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri atau pihak berkuasa kerajaan yang lain?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog