Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 8 Julai 2011

Cucu teman yang umur tujuh tahun lebih cerdik dan waras berbanding Anwar Ibrahim dan penganjur Bersih 2.0....


PAGI tadi teman tanya cucu teman yang berumur tujuh tahaun – baru sekolah tahun satu dan bersekolah sebelah petang: “Cu! Kalau Stadium Merdeka boleh muat untuk 60,000 orang (termasuk yang duduk atau berdiri di atas padang) boleh muat ke kalau dihimpunkan 300,000 orang penyokong Bersih 2.0 di stadium berkenaan?”

“Ini soalan matematik ke tok? Kenapa atok tanya soalan macam tu?” balas cucu teman.
“Ya! Soalan matematik ler... Saja atok nak tanya, nak tengok cucu atok ni pandai ke tidak matematik.”

Dia terdiam seketika. Tapi mulutnya dok sebut: “Boleh muat 60,000, yang datang 300,000.”
“Eh! Mana boleh tok.... Mana nak muat? Tempat cukup untuk 60,000, tapi yang datang 300,000. Apa la atuk punya soalan?” jawab cucu teman sambil ketawa kecil.

Demikian pandangan seorang anak kecil yang baru berumur tujuh tahun mengenai angka 300,000 dan 60,000 yang teman tanyakan kepadanya.

Soalan itu sengaja teman berikan kepada cucu yang tak tahu apa-apa mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang penganjurnya berkeras mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka esok.

Kalau budak mentah pun tahu kapasiti 60,000 tidak sesuai untuk disumbatkan dengan 300,000 penyokong Bersih 2.0, apakah para penganjur Bersih, khasnya al-Sheikh Anwar al-Jub... tak ada otak untuk berfikir sepertimana cucu teman berfikir?

Kalaulah diberikan kebenaran untuk berhimpun di Stadium Merdeka yang kapasitinya hanya sekitar 60,000 itu kepada Bersih 2.0, kemana baki yang 240,000 orang lagi itu berada? Dalam stadium atau di luar?

Jawabnya, tentulah mereka akan berserakan, meraban teben dan terkinja-kinja dengan sepanduk dan jerit pekik di luar stadium hingga ke Jalan Maharajalela, Jalan Hang Jebat, Jalan Kinabalu hingga ke Masjid Negara, Jalan Petaling dan sekitar Stadium Negara hingga ke Penjara Pudu. Mungkin hinga ke Dewan bahasa dan ke Jalan Chan Sow Lin....

Maknanya, kebenaran untuk berhimpun di Stadium Merdeka itu memang wajar tidak dibenarkan jika mahukan Bandaraya Kuala Lumpur tidak sesak dan kenteraman awam terganggu teruk.

Betul sangatlah tindakan pihak berkuasa tidak membenarkan Bersih 2.0 berhimpun di Stadium Merdeka tu....

Nampaknya cucu teman lebih cerdik dan waras otaknya berbanding Anwar Ibrahim, Ambiga dan lain-lain manusia yang menganjurkan Bersih 2.0.
Wallahhualam.
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog