Tindakan dan cakapnya berbelit macam ular.... |
Wakil mereka, Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, Ambiga dan dua lagi pihak dalam Bersih seharusnya menggunakan peluang tersebut untuk 'menyuarakan' tuntutan mereka menerusi penyerahan memorandum berkenaan.
Menurut beliau, kesediaan membenarkan mereka menghadap membuktikan sikap keterbukaan Tuanku Mizan yang patut dijunjung tinggi dan dihormati.
"Justeru, kami ingin bertanya adakah kesempatan menghadap Seri Paduka dimanfaatkan Bersih untuk menyampaikan memorandum tersebut. Kenapa tidak? Kalau sudah disampaikan, apa perlunya lagi diadakan perhimpunan di stadium.
"Selain itu, kami juga ingin bertanya adakah maksud mereka hendak mengadakan perhimpunan di stadium sudah mendapat restu dan perkenan Tuanku Mizan atau adakah ia kenyataan Bersih sahaja?" soalnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri sebahagian besar ahli Dewan Negara prokerajaan berhubung perhimpunan Bersih di lobi Parlimen hari Rabu.
Abdul Rahman berkata, seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka sebelum ini, pihaknya juga berpendapat sebarang perselisihan dan rasa tidak puas hati, kekurangan dan kelemahan yang ada sepatutnya diselesaikan menerusi saluran perundingan antara pihak yang terbabit.
Semua pihak jelasnya, sepatutnya mengambil pendekatan itu demi memelihara keamanan, kemerdekaan dan kedaulatan negara.
"Pepatah Melayu mengingatkan, 'ikut rasa binasa, ikut hati mati'. Oleh itu, kami majoriti ahli Dewan Negara menyeru dan menasihatkan kepada semua pihak supaya menjadikan perundingan dan musyawarah dengan hati serta fikiran terbuka sebagai budaya hidup demi kedaulatan negara.
"Marilah kita bersama menghargai Rukun Negara dan Perlembagaan negara. Marilah kita menegakkan dan menghidupkan demokrasi melalui sistem pilihan raya dan tidak melalui demonstrasi di jalan raya," tegasnya.
Sementara itu, Senator Datuk Abdul Rahim Rahman ketika ditemui berkata, menjaga ketenteraman dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab semua.
"Pada saya jalan terbaik tak perlulah diadakan perhimpunan itu. Jumpa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pihak lain kalau tidak berpuas hati. Ketika kita hendak menguatkan ekonomi negara, rakyat harus pertahankan keamanan," tegasnya.
Pendapat tersebut disokong Senator Datuk Mohd. Najeeb Abdullah yang berpendapat Bersih ada agenda lain apabila mahu meneruskan perhimpunan itu.
"Kalau hendak serah memorandum, sepatutnya ia sudah dilakukan semalam. Oleh itu, kalau mereka hendak berhimpun juga, pasti ada agenda-agenda lain," tambahnya.
Dalam pada itu, Senator Noriah Mahat mengingatkan semua pihak agar tidak menderhaka dengan titah Seri Paduka dan meminta Bersih supaya membatalkan niat untuk berhimpun.
- UtusanOnline
SATU MELAYU:
Apakah Ambiga boleh dianggap ‘mempermainkan’ Yang di-Pertuan Agong jika Bersih 2.0 masih mahu diteruskan untuk berhimpun dan berarak ke Istana Negara untuk menyampaikan memorandum kepada DYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sabtu ini?
Kenapa Ambiga mengambil tindakan berbelit-belit macam ‘ular’?
Kalau begitu tepatlah kata-kata: ‘Kalau jumpa ular dan orang macam Ambiga, bunuh dia dulu kemudian baru bunuh ular’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan