Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 6 Julai 2011

Maka bertukarlah BERSIH 2.0 jadi KOTOR: Ada rimau, singa dan buaya di kalangan lembu....


Senjata menjelang Bersih ditemui

TUN Hisan Tun Hamzah (dua dari kiri) melihat himpunan senjata berbahaya, baju T berlambang Bersih 2.0 dan lilit kepala yang dirampas di Gombak pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, Isnin.
POLIS menemui beberapa bukti berupa sejumlah senjata berbahaya yang dipercayai akan digunakan dengan niat untuk mencederakan orang ramai dan merosakkan harta benda awam semasa perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Sabtu ini.

Kesemua senjata terlibat iaitu 20 bilah parang, 36 botol molotov cocktail petrol, 17 pemetik api dan sejumlah bebola besi ditemui disorokkan di celah batu di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat sini pada pukul 7.20 petang Isnin.

Turut ditemui 44 baju T berwarna kuning berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Berdasarkan keadaan senjata itu disorokkan, polis percaya pihak terlibat menggunakan modus operandi yang sama dengan pemberontak komunis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua senjata dan barangan terlibat ditemui hasil maklumat seorang Orang Asli yang kebetulan ternampak bahan itu disembunyikan semasa sedang mencari rotan.

"Kesemua beg yang mengandungi senjata dan barangan Bersih itu ditemui di celah batu di lereng bukit kawasan tersebut. Kawasan hutan itu jaraknya kira-kira 12 meter dari jalan raya.

"Kita percaya taktik digunakan pihak terlibat sama dengan modus operandi pemberontak komunis yang menyorok dan menanam barangan makanan dan senjata di dalam tanah dan sebagainya untuk mengelak pemeriksaan pihak berkuasa," katanya di Pusat Media Polis Selangor di Shah Alam, Selasa.

Menurut Tun Hisan, pihaknya kini melakukan siasatan untuk menjejak pihak yang terlibat dan telah menemui asid deoksiribonukleik (DNA) pada senjata dan barangan yang dijumpai.

"Setakat ini, kita telah mengambil kenyataan dua orang iaitu anggota polis yang menemui senjata tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Beliau menjelaskan, pihaknya telah menangkap 44 orang berkaitan Bersih sebelum ini dan akan membuat pendakwaan dalam tempoh terdekat.
- UtusanOnline

Barang berbahaya dijumpai di tiga lokasi

AMAR Singh Ishar Singh (tengah) bersama empat pegawainya menunjukkan parang, bom molotov cocktail, mercun bola dan baju T yang ditemui pada sidang akhbar di IPK Kuala Lumpur, semalam.
POLIS menemui tiga bungkusan berisi barang-barang berbahaya termasuk bom molotov cocktail, parang dan mercun bola di tiga lokasi di ibu negara semalam, yang dijangka digunakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk mengadakan perhimpunan haram pada Sabtu ini.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua barang tersebut ditemui disembunyikan dalam pokok hiasan di hadapan Restoran The Ship di pusat beli-belah Kompleks Pertama, di bawah tangga Wisma Bumi Raya dan dalam semak di air pancut belakang Pusat Beli-belah Sogo di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, polis bertindak membuat pemeriksaan di tiga lokasi terletak kira-kira 150 meter antara satu sama lain itu setelah dihubungi oleh orang awam yang berasa syak apabila melihat tiga lelaki menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna perak berkeadaan mencurigakan meletakkan sesuatu di situ.

"Pada pukul 4.30 pagi semalam, dua ahli perniagaan yang sedang menggunakan tandas awam di belakang Pusat Beli-belah Kompleks Pertama telah melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan berhenti di beberapa tempat berdekatan tandas awam tersebut.

"Ketiga-tiga suspek memakai kopiah putih menaiki kereta Proton Waja dan menutup muka dengan topeng dilihat tergesa-gesa menyembunyikan sesuatu di tiga lokasi berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Amar Singh, dua ahli perniagaan yang mengekori suspek dengan berjalan kaki kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian tersebut dan polis berjaya mengesan objek-objek yang disembunyikan itu pada pukul 6.30 pagi.

"Dalam bungkusan pertama di Restoran The Ship, polis menemui 28 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail, empat helai topeng muka dan sehelai baju T kuning tertera perkataan Bersih 2.0.

"Di Wisma Bumi Raya, kita menemui bungkusan kedua berisi 15 biji mercun bola, empat botol bom molotov cocktail dan empat topeng muka," katanya.

Amar Singh berkata, polis seterusnya menemui satu bungkusan guni di belakang Pusat Beli-belah Sogo mengandungi tiga bilah parang, dua helai baju T Bersih, masing-masing sebilah pisau pemotong daging dan gergaji serta beberapa lagi biji mercun bola.

Beliau berkata, polis percaya suspek sengaja meletakkan barang-barang berbahaya itu lebih awal di lokasi terbabit bagi mengelak ditangkap jika membawanya menjelang hari perhimpunan kerana polis akan membuat sekatan jalan raya.

Katanya, walaupun belum dapat dipastikan pemilik barang-barang tersebut, tetapi motifnya jelas bertujuan untuk digunakan semasa perhimpunan haram nanti.

"Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan suspek dan kemungkinan ada lagi bungkusan berisi barang-barang berbahaya disembunyikan di lokasi lain melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta Unit Anjing Pengesan," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan, Letupan senjata Berbahaya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Terbukti Bersih 2.0 sangatlah kotor dan dikotorkan. Mungkin pihak penganjur tidak tahu persedian pihak tertentu yang bakal menyertai perhimpunan yang dirancangkan itu. Ianya dilakukan oleh segelintir anasir subversif yang menyusup dan mengambil kesempatan untuk menghuru-harakan negara melalui perhimpunan Bersih 2.0.

Inilah bahayanya apabila perhimpunan haram dilakukan secara beramai-ramai. Bermacam pihak dengan kepentingan masing-masing cuba tumpang sekaki dengan niat dan tujuan yang tersendiri.

Penganjur Bersih berniat lain, para peserta ada yang berniat lebih dahsyat daripada apa yang diuar-uarkan oleh NGO Bersih.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak polis yang menjalankan tugas dengan baik demi menjaga keamanan negara daripada diganggu-gugat oleh anasir-anasir jahat.

Dalam keadaan aman dan selesa selama ini rakyat mungkin tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku. Tapi itulah hakikat yang terserlah.

Tepatlah seperti kata pepatah Melayu: Air tenang jangan disangka tiada buaya....

Lebih mendukacitakan: Rupa-rupanya ada rimau, singa dan buaya di kalangan lembu-lembu yang dirancang memenuhi jalan raya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur Sabtu ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog