RUPA-rupanay masih ramai rakyat negara ini yang tak faham kenapa Bersih 2.0 diadakan pada tarikh 9 Julai 2011. Ulasan cerdik pandai dan rakyat umum yang tersiar di radio dan TV masih tertumpu kepada hasrat yang mahukan semua masalah diselesaikan melalui rundingan atau musyawarah.
Memanglah dalam banyak hal yang berlaku di negara bertuah ini dapat dan pernah diselesaikan dengan cara sedemikian. Tapi dalam konteks Bersih 2.0, isunya bukan kerana masalah sistem pilihan raya yang tidak bersih. Masalahnya ialah untuk mengadakan satu demonstrasi ala Mesir, supaya negara jadi huru-hara.
Dan penggerak utama kepada perhimpunan ini tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar bin Ibrahim. Seorang bekas pemimpin yang pernah diangkat Umno ke tahap tertinggi dalam kepimpinan negara – Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.
Dengan wang berbilion ringgit yang ada dalam simpanannya dia boleh dan mampu membayar sesiapa sahaja yang sanggup dan berkeupayaan memenuhi kehendaknya yang tersangat kecewa kerana tidak berpeluang langsung menjadi Perdana Menteri setelah dipecat daripada Umno dan kabinet Tun Dr. Mahathir 13 tahun lalu.
Matlamat ‘hamba Allah’ yang malang ini ialah menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, kalau-kalau dia ada peluang menjadi pemimpin pengganti kepada kepimpinan negara sekarang.
Di masa sama si nuar ni sangat tertekan dengan kes liwat II-nya yang bakal menyaksikan dia terpaksa membela diri pada 13 Julai nanti. Bila diarahkan membela diri di mahkamah, bermakna ada kes untuknya dan ada bukti cukup dia benar-benar bersalah.
Dan bila bersalah, maka tempat istirehatnya nanti sudah tentulah ‘Bamboo River Prison’. Inilah yang mencemaskannya. Umurnya dah mencecah 66 tahun, masih adakah peluang untuknya jadi PM kalau dia dipenjarakan?
Setelah puluhan kali kes liwat II itu tertangguh dan ditangguh-tangguh kerana karenah yang disengajakan bertujuan melambat-lambatkan perbicaraan, kini segalanya telah sampai ke puncaknya. Anwar dah tak dapat lari dan dia terpaksa membela diri beberapa hari lagi.
Menurut fakta kes yang dilaporkan media sepanjang perbicaraan yang mencecah dua tahun itu, bukti untuk Anwar dibebaskan sangatlah tipis. Keberadaan air maninya di dalam dubur mangsa – Saiful Bukhari Azlan, tidak mampu ditepis olehnya dan juga para peguam handalan yang membelanya.
Dalam keadaan yang sangat terdesak itulah Anwar menggunakan kuasa wangnya untuk memperalat dan mempergunakan Bersih 2.0 yang di kepalai Ambiga sebagai peluang terakhir untuk mencetuskan huru-hara di Kuala Lumpur.
Harapannya, supaya perbicaraan kes liwatnya dapat ditunda dan ditangguh lagi sementara dia mencari alasan dan dalih baru. Kalau boleh biarlah kesnya tertangguh sehingga dia berjaya menjadi Perdana Menteri. Kerana dengan hanya menjadi PM sahaja, kes liwat II-nya mampu ditutup rapat dan diketepikan begitu sahaja.
Oleh itu tak payahlah rakyat bersuara dengan harapan bahawa semua masalah dapat diselesaikan dengan baik melalui perbincangan atau musyawarah.
Apa nak dibincang dan mana boleh dimusyawarahkan. Ini kes mahkamah. Bukannya boleh dibincang-bincang dan dirunding-runding.
Yang jadi masalah ialah ramai rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tak faham bahawa semua yang tersurat dalam Bersih 2.0 tak sama dengan apa yang tersirat di kepala hotak Anwar Ibrahim. Maka jadilah mereka golongan bangangggg.... yang tak mampu gunakan otak anugerah Allah SWT.
Justeru, faham dan sedarlah bahawa kekacauan yang cuba direncanakan melalui Bersih 2.0 hari ini adalah kerana Anwar bin Ibrahim.... Bukan kerana SPR atau kerana hendak membersihkan apa yang tak bersih di pihak pemerintah.
Yang tak bersih dan perlu dibersihkan dari muka bumi ini ialah Anwar bin Ibrahim. Selagi si lahanat ini terus berkentayangan lepas bebas sesuka hati dia, selagi itu negara ini tak akan aman dan tenteram....
Yang membimbangkan, segala kerjalaku Anwar dalam membersihkan dosa moralnya, pihak musuh negara, bangsa dan agama Islam mengambil kesempatan atau tumpang sekaki. Mereka menangguk di aiar keruh. Tanah air yang dikeruhkan oleh Anwar bin Ibrahim.
Inilah yang harus difahami dan disedari oleh seluruh rakyat negara ini, terutamanya orang Melayu.
Seperkara lagi yang harus dijadikan ingatan ialah bahawa di dunia ini hanya Malaysia sahajalah satu-satunya negara Islam yang masih aman dan belum berjaya dikucar-kacirkan sebagaimana semua negara-negara Islam lain yang terdapat di dunia ini, sama ada dari segi ekonomi atau pun politiknya.
Marilah kita semua yang cintakan negara, bangsa dan agama berdoa kepada Yang Maha Esa supaya segala niat jahat makhluk yang dikuasai iblis dan syaitan itu tidak berjaya menjahanakan sebuah negara bangsa bernama Malaysia.
Bagaimanapun, Alhamdulillah.... Pihak berkuasa polis masih mempu mengawal keadaan dan InsyaAllah, niat jahat Anwar dan konco-konconya berjaya dibanteras....
Wallahualam....
- SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan