Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 6 Julai 2011

Bila Anwar dan pakatan haramjadah campur tangan: Harapan menyaksikan perhimpunan Bersih 2.0 tidak menimbulkan masalah, masih belum terjamin.

NADA penganjur Bersih 2.0 mula berubah-ubah dan berdolak-dalih dengan pelbagai kenyataan yang tidak menggambarkan perhimpunan Bersih pada Sabtu akan berjalan dalam keadaan aman sebagaimana yang diberitakan setelah Ambiga dan penyokongnya bertemu DYMM Sri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semalam.

Perhimpunan yang disenangi ramai sebagai satu penyelesaian ternaik mula menampakkan kembalinya unsur mahu menghuru-harakan negara.

Kenyataan Ambiga hari ini yang menuntut pelbagai syarat daripada pihak berkuasa kerajaan, termasuk mahu berjumpa dengan Perdana Menteri pula, membuktikan bahawa penganjur Bersih 2.0 ada muslihat dan seolah-olah mahu mempermainkan pihak berkuasa dan Yang di-Pertuan Agong.

Setelah semuanya berjalan dengan baik semalam, mulai hari ini secara tiba-tiba Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai perhimpunan Bersih yang membuktikan bahawa dia adalah pengajur sebenar perhimpunan di sebalik NGO Bersih.

Sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya ‘mematuhi janji’ dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Apa yang haramjadah ni cakap? Setelah dia kembali dari luar negara, secara tetiba pulak dia memandai-mandai membuat kenyataan untuk Bersih? Siapa dia dengan Bersih 2.0?

Apa maksud DS Najib atau kerajaan terpaksa tunaikan janji untuk sediakan stadium untuk Bersih 2.0 meneruskan perhimpunan?

Adakah kenyataan Anwar itu sebagai satu muslihat memerangkap PM dan pihak berkuasa kerajaan seolah-olah perhimpunan itu digalakkan dan mendapat kebenaran serta sokongan pihak pemerintah?

Ini dah jadi lain dari apa yang diterima rakyat sebagaimana yang diberita sebelumnya.

Pada kenyataan sama, Anwar juga berkata Pakatan Rakyat akan mengerahkan 300,000 ahlinya untuk berhimpun di Stadium Merdeka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Umum PKR itu berkata perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

"Kita mengerahkan 300,000 rakyat untuk berhimpun di Stadium Merdeka," katanya pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Menurut Anwar, ramai juga ahli Pakatan yang merungut kerana kecewa cadangan awal untuk berarak dipinda oleh BERSIH 2.0 selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara semalam.

Katanya, pihaknya kesal masih ada lagi ‘gerombolan’ yang didakwanya seperti Kementerian Dalam Negeri yang hendak ‘sabotaj’ persefahaman yang telah dicapai antara Seri Paduka dengan gabungan berkenaan.

Berdasarkan kenyataan Anwar itu, nampaknya harapan rakyat agar sengketa yang cuba dicetuskan Bersih 2.0 masih terumbang-ambing dan masih menemui jalan buntu.

Apa yang dinayatakan selepas dibenar mengadap Yang di-Pertuan Agong telah diputar-belit dan penuh dolak-dalih.

Campur tangan secara terang-terangan oleh Anwar Ibrahim setelah kes rayuan menolak hakim bicara kes liwat II-nya ditolak oleh mahkamah, semakin jelas dan nyata. Anwar seolah-olah nak cari gaduh dan meminta para penyokongnya berhimpun di Bandaraya Kuala Lumpur, iaitu di Stadium Merdeka.

Kalau dah namanya pun perhimpunan haram Bersih 2.0, apa perlunya pihak berkuasa melayan pelbagai tuntutan pihak penganjur dan Anwar Ibrahim yang seolah-olah mahu memerangkap DS Najib turut terlibat sama dalam penganjuran Bersih 2.0?

Permainan puak pengkhianat negara melalui Bersih 2.0 masih belum reda. Harapan rakyat untuk melihat usaha membanteras perhimpunan haram yang menghuru-harakan negara belum benar-benar tercapai.

Eantahlah! SM dah tak tahu apa nak kata lagi.

Bak kata pepatah Melayu: ‘Anjing yang dah biasa makan tahi, kalau tak dapat memakannya, dapat cium pun cukuplah’.
- SM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog