NGO gesa polis tangkap penganjur Bersih
PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara terus membantah perhimpunan haram Bersih 9 Julai ini, termasuk menggesa polis menangkap segera mereka yang terlibat dengan penganjurannya.
Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) berkata, tindakan itu perlu bagi mengelak berlakunya huru-hara.
Penasihat Utama Permas, Syed Husain Al Shahab turut mengingatkan orang Melayu agar tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang mempengaruhi mereka untuk menyertai perhimpunan haram Bersih itu.
"Memang akan ada orang Melayu yang berhasrat menyertai Bersih tetapi mereka ini adalah golongan yang buta sejarah dan tidak mengenang budi yang kami anggap sebagai penderhaka," katanya pada sidang akhbar bersama perwakilan penduduk Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Sabtu.
Pengerusi Penduduk Jalan Raja Alang, Syed Muzairin Syed Kamarul Bahrin pula berkata, perhimpunan haram itu bukan sahaja akan merugikan penduduk kawasan tersebut yang majoritinya adalah peniaga malah bimbang dengan fahaman komunis yang mungkin cuba diserapkan dalam perhimpunan Bersih.
Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Perak, Norlizaizul Ismail berkata, konvoi secara aman kira-kira sejam itu antara lain bertujuan menunjukkan golongan belia bersatu hati menolak himpunan tersebut daripada diteruskan.
Di JOHOR, Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) membuat laporan polis bagi menentang perhimpunan haram Bersih.
Timbalan Presidennya, Azmi Sojak turut menasihatkan kesemua guru di seluruh negara tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut sebaliknya menumpukan perhatian kepada tugas hakiki mereka untuk mendidik anak bangsa.
Di PERLIS, sekumpulan 300 penduduk pelbagai bangsa berarak sejauh satu kilometer menuju ke pejabat DAP bagi membantah perhimpunan Bersih.
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Aziz Tengku Jaafar berkata, perarakan secara aman itu adalah bagi menunjukkan kepada penganjur Bersih termasuk parti pembangkang bahawa rakyat tidak merestui tindakan haram tersebut.
Di PAHANG, enam lagi NGO tampil membuat laporan polis bagi membantah penganjuran perhimpunan haram yang disifatkan bagi mengguling kerajaan dengan mengunakan kekerasan.
Pengerusi Pertubuhan Insan Muslim Pahang, Ibrahim Maidin berkata, pemimpin Bersih yang bergabung bersama pemimpin pembangkang perlu mendengar suara majoriti rakyat dan bukannya bertindak untuk kepentingan politik mereka semata-mata.
- Utusan
Desak lucut kerakyatan Ambiga
SEBANYAK 440 pertubuhan silat yang mewakili lebih empat juta ahli mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga kerana berhasrat mengetuai satu perhimpunan haram Sabtu depan.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan itu perlu dilakukan kerajaan demi keharmonian rakyat walaupun ia sedikit 'sukar' demi memastikan negara terus aman dan harmoni.
Selain tindakan terbaru yang cuba mencetuskan huru-hara, katanya, Ambiga juga mempunyai rekod jelas mencabar kedaulatan undang-undang seperti mempersoalkan kedudukan Islam dan Melayu sewaktu menerajui Majlis Peguam.
Menurutnya, kesemua tindakan Ambiga berkenaan melanggar prinsip Rukun Negara serta berbahaya kepada asas pembentukan negara ini dan ia dilihat boleh mengulangi kejadian rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.
"Kita harap Ambiga akan hentikan tindakan sebegini kerana beliau telah lama menghina institusi kerajaan, Melayu serta Islam dan emosi ahli silat juga kini semakin sukar dibendung.
"Jika ada kejadian tidak diingini pada 9 Julai ini, Ambiga perlu dipertanggungjawabkan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan 211 mahaguru pelbagai disiplin silat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, Sabtu.
Hadir sama, Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mewakili gerakan Patriot bagi membantah tindakan Bersih.
Sebanyak 139 lagi pertubuhan silat berdaftar dalam negara tidak dapat menghantar wakil masing-masing pada perjumpaan itu.
- Utusan
SATU MELAYU:
Jika dibandingkan antara pihak yang menyokong dan menentang Bersih, pihak mana yang lebih ramai?
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada rakyat dan NGO Melayu yang secara tidak disangka oleh Anwar, Ambiga dan mat Sabu telah menyingsing lengan menentang kerja jahat mereka.
Kalau Bersih itu satu gerakan jujur dan benar-benar demi keadilan dan kesejahteraan rakyat kenapa tidak melakukan bantahan terhadap SPR sebaik sahaja PRU 2008 dahulu selesai?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan