Pada fahaman SM, Bersih 2.0 akan diberikan kebenaran atau permit polis untuk adakah perhimpunan pada Sabtu ini. Cuma yang beralih dan berubah ialah tempat perhimpunan itu di adakan.
Persoalannya, bukankah NGO Bersih itu dikelasifikasikan sebagai ‘pertubuhan haram’ oleh KDN sebagaimana yang tersiar beritanya baru-baru ini?
Kalau dah pertubuhan atau NGO itu dianggap ‘haram’ apa perlunya diberikan kebenaran untuk terus adakan perhimpunan pada tarikh 9 Julai dengan maksud dan tujuan yang masih tidak berubah?
Perlukah pihak kerajaan berunding dengan sebuah pertubuhan haram?
Kepada SM, kalau dah ditakrifkan pertubuhan haram, maka Bersih tak jauh berbeza dengan Parti Komunis Malaya yang pernah ditubuhkan di zaman negara di bawah pemerintahan penjajah Inggeris lebih 60 tahun lalu.
Apapun tulisan ini sekadar bertanya mengenai kedudukan sebenar persoalan Bersih yang menggemparkan rakyat seluruh negara dengan publisiti pro dan kontra yang sangat meluas itu.
Sebagai rakyat marhaen, SM terlalu kurang arif dengan peraturan dan pentadbiran peringkat atasan. Lebih-lebih lagi menganai Undang-undang dan juga Perlembagaan Negara.
SM tidak bermaksud, jauh sekali berniat tak baik terhadap kepimpinan negara masa kini yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yasin. SM yakin dengan kemampuan dan kebolehan mereka berdua serta barisan kepimpinan di bawahnya.
Kepada SM, hanya kepimpinan DS Najib sahaja yang mampu mengajar erti keadilan, kebenaran, kehormatan terhadap negara bangsa, agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu kepada pengkhianat negara dan petualang bangsa serta agama Islam.
Kepada SM, hanya kepimpinan DS Najib sahaja yang mampu mengajar erti keadilan, kebenaran, kehormatan terhadap negara bangsa, agama Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu kepada pengkhianat negara dan petualang bangsa serta agama Islam.
Sebagaimana yang SM sedia maklum, masalah dunia sejaga sekarang ini adalah berpunca daripada masalah salah anggap atau masalah persepsi yang pelbagai.
Wallahhualam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan