Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 4 Julai 2011

Ambiga kata, ‘Perhimpunan Bersih Batal Jika Tuanku Mizan Menitahkannya.’ Apasal pulak tak jadiiiii....?

PERHIMPUNAN haram anjuran Gabungan untuk Pilihan Raya yang Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual diadakan Sabtu ini akan dibatalkan sekiranya Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya tidak diteruskan.

Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya menjunjung titah Seri Paduka terutamanya supaya diadakan perbincangan mengenai tuntutan yang dibawa oleh Bersih.

Bagaimanapun beliau berharap dapat menghadap baginda dalam masa terdekat untuk menyuarakan hasrat yang diperjuangkan Bersih.

Ditanya sama ada perhimpunan Bersih akan dibatalkan sekiranya Tuanku Mizan bertitah agar ia tidak diteruskan, Ambiga berkata: "Ya".

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Petaling Jaya, Isnin.
- Bernama

SATU MELAYU:
Betul ker ni? Setelah begitu punya keras berdegil mahu meneruskan perhimpunan dan berarak di tengah Kota Raya Kuala Lumpur, tetiba buat kenyataan berlembut pulak. Apa hal? Ada takut ka? Tak ke marah para penggerak utama dari luar negara yang telah banyak menyumbangkan pelbagai bantuan itu?

Apa pula kata Mat Sabu dan Sheikh Anwar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog