Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram juga berdasarkan nasihat Pejabat Peguam Negara mengikut undang-undang.
Walaupun Bersih dibenarkan mengadakan perhimpunan di stadium, mereka masih perlu mendapatkan permit daripada polis, katanya.
"Biar mereka mohon dulu. Biar polis pertimbangkan permohonan itu. Jadi jika mereka segera memohon, lebih cepat polis memproses (dan membuat keputusan)mengenai masa dan tempatnya," katanya kepada pemberita di Putrajaya, Rabu.
Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Pengerusi penganjur perhimpunan 9 Julai itu Datuk S. Ambiga berkata mereka memutuskan perhimpunan itu akan diadakan di dalam sebuah stadium.
Hari ini, Ambiga berkata mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama bagi memastikan perhimpunan itu berjalan dengan aman dan lancar.
Ketika ditanya berhubung kesediaan kerajaan membenarkan mereka mengadakan perhimpunan itu di stadium, Hishammuddin berkata perkara itu adalah berkenaan keselamatan.
Beliau juga berkata keputusan untuk mengadakan perhimpunan di stadium juga sesuatu yang rasional.
"Tetapi jangan pula letak syarat-syarat lain seperti tidak mahu pohon permit, nak pilih stadium dan sebagainya kerana itu kita tak boleh pertimbangkan sekarang kerana ia mesti berdasarkan permohonan mereka," katanya.
Beliau juga menasihatkan orang ramai yang ingin menyertai perhimpunan itu supaya melihat apa yang berlaku secara positif kecuali jika mempunyai motif tersembunyi untuk menimbulkan masalah.
"Yang penting sekarang kita perlu melihat masa depan. Bagi mereka yang mengatakan bahawa mereka mahukan pilihan raya yang bebas dan adil perlu membuktikan bahawa mereka bertanggungjawab.
"Sebelum ini mereka berkata mahu menyuarakannya dan kini kita telah memberikan tempat dan peluang di stadium, jadi nasihat saya kepada semua orang, perlu bertanggungjawab dan bekerja dalam lingkungan undang-undang," katanya.
- Bernama
SATU MELAYU:
Pertubuhan atau NGO-nya haram. Perhimpunan yang mahu diadakan pun haram. Yang anjur dan yang sokong juga.mungkin ‘anak har..’. Pendek kata tidak ada satu halal dari segi undang-undang. Haram seharam-haramnya....
Justeru, untuk apa dibenarkan mereka meneruskan agenda jahat mereka dengan berselindung di sebalik nama Yang di-Pertuan Agong setelah mereka dibenarkan mengadap?
Itulah kerja jahat ‘anak har..’.
Puak-puak haramjadah ni bukannya boleh diberi muka. Mereka jenis makhluk perosak. Walau macam mana baik kita cadangkan untuk mereka, sikap perosak yang ada dalam diri dan minda mereka tidak akan mampu diubah atau dibersihkan.
1 ulasan:
Chin Peng adalah ketua gerombolan haram yang kini sudah "dipenjarakan" di selatan Thai.
Ambiga juga ketua gerombolan haram...tapi cuba guna namanya sebagai peguam dan menakut-nakutkan kerajaan utk ambil tindakan..
Takut kah kerajaan kita?
Catat Ulasan