PENUBUHAN suruhanjaya diraja bukan sahaja mampu membongkar kebenaran dalam kes rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, malah proses siasatan juga lebih cepat daripada biasa.
Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Chandra Muzaffar berpendapat, antara sebab utama suruhanjaya itu perlu ditubuhkan adalah wujudnya pertikaian oleh pihak pembangkang berhubung identiti pelaku dalam video itu yang mengundang kekeliruan rakyat.
"Ini isu awam yang melibatkan pemimpin pembangkang. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran daripada keputusan siasatan suruhanjaya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Kata beliau, sikap pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya itu menunjukkan mereka tidak mementingkan rakyat serta tidak bermoral dan beretika.
"Sebelum ini mereka lantang mendesak ditubuhkan suruhanjaya bagi setiap isu yang mereka berkepentingan," katanya.
Tambah beliau, suruhanjaya itu berperanan sebagai pemacu kepada suasana politik yang lebih sihat kerana ia medium yang sesuai untuk mencari kebenaran terutama dalam isu yang melibatkan tokoh politik tanah air.
"Sepuluh tahun lalu, saya pernah berpesan kepada pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video ini serta isterinya agar mendengar suara hati mereka serta berpegang teguh kepada kebenaran.
"Namun, suara hati dan kebenaran itu jelas diperlekehkan dengan melakukan pelbagai salah laku yang memalukan dirinya sendiri," ujarnya.
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam turut menganggap penubuhan suruhanjaya itu mampu menyingkap kebenaran dalam isu rakaman video tersebut yang perlu diketahui oleh umum.
"Seorang pemimpin perlu bermoral dan beretika di mata rakyat. Segala perbuatan yang dilakukan mencerminkan keperibadian beliau dan masa depan organisasi yang dipimpinnya," katanya.
Jelas beliau, jika pemimpin tersebut tidak bersalah dan diperalatkan, siasatan oleh suruhanjaya ini dapat membersihkan namanya yang tercemar.
- Utusan
SATU MELAYU:
Demikian pendapat dan pandangan orang cerdik pandai mengenai isu yang masih hangat diperkatakan walaupun negara sedang menumpu perhatian kepada perkembangan Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Dr. Chandra pernah menjadi Timbalan Presiden PKR dan antara kumpulan terawal meninggal parti itu kerana menyedari banyak perkara yang bertentangan dengan prinsip asas penubuhan parti berkenaan.
Kalau difikir-fikirkan, apakah mereka yang masih menyokong puak songsang itu tergolong sebagai golongan orang yang tidak cerdik atau memang di hati mereka tertanam sikap bencikan Umno/BN walau apa keadaan sekalipun?
1 ulasan:
Pelik bin hairan wal ajaib ibni wal bengong.Cuba fikir pakai lutut taraf IQ ini.
Pengikut Al Arqam-ramai
Pengikut Al Maunah -Ramai
Pengikut Rasul Melayu-Ramai
Pengikut Ayah pin -Ramai
Pengikut banyak banyak lagi
Yang ramai Pasti melayu
Apa melayu ber IQ kosong seperti lambang pas Yang KOsong
Catat Ulasan