Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 3 Mei 2011

Bina Jambatan: Mana janji Pas 10 tahun lalu?

MUSTAPA Mohamed (tiga dari kiri) diberikan penerangan mengenai projek pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat di Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/ROSNI MASRI
KERAJAAN Pas Kelantan diminta menjelaskan janji mereka untuk membina sebuah jambatan merentasi Sungai Kelantan menghubungkan Kampung Cina di sini dengan Palekbang di Tumpat, bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu-lintas yang semakin meruncing.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, difahamkan jambatan tersebut akan dibina sebuah syarikat yang mendapat hak untuk membangunkan kawasan tebing sungai tersebut, Lembah Sireh.

Menurut beliau, janji tersebut dibuat kira-kira 10 tahun lalu dan majlis peletakan batu asas pembinaan jambatan itu telah diadakan. Bagaimanapun, katanya, sehingga sekarang tidak ada tanda-tanda ia akan dibina.

“Disebabkan kegagalan itu, Kerajaan Pusat yang prihatin dengan masalah dihadapi rakyat negeri ini telah memasukkan cadangan membina Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan projek itu sedang berjalan,” katanya semasa melawat tapak pembinaan jambatan tersebut di Kota Baharu, Isnin.

Pada 1996, kerajaan Pas Kelantan telah mengadakan majlis peletakan batu asas pembinaan jambatan ketiga di Kampung Palekbang, Tumpat yang menghubungkannya dengan Kampung Cina.

Kira-kira tujuh tahun kemudian, sebuah syarikat mengumumkan untuk membina jambatan tersebut dengan kos RM150 juta, termasuk dalam pakej pembangunan tebing Sungai Kelantan bernilai RM2 bilion.

Sementara itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan berkata, beliau tidak berpuas hati dengan pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra kerana lewat dari jadual asal.

“Projek ini bermula pada Jun 2007 dan sepatutnya siap Disember 2009, selepas itu kontraktor memohon melanjutkan projek dan sepatutnya siap pada Ogos ini. Tetapi disebabkan masalah teknikal saya jangka ia hanya siap pada pertengahan tahun depan.

“Sepatutnya projek ini telah siap 78 peratus tetapi sehingga sekarang hanya 63 peratus. Ini disebabkan masalah teknikal iaitu perubahan laluan sungai yang berpunca daripada pembangunan tebing Sungai Kelantan dan aktiviti mengorek pasir.

“Ekoran itu, kontraktor terpaksa menambah kedalaman setiap tiang jambatan baru ini daripada 45 meter kepada 59 meter. Jambatan ini melibatkan 43 batang tiang,” katanya.

Projek pembinaan jambatan sepanjang 800 meter itu turut melibatkan pembinaan jalan bermula dari Jalan Dusun Muda sepanjang 1.7 kilometer dengan kos RM157 juta.
- Utusan
Inilah Batu Asas projek jambatan oleh kerajaan Pas sejak lebih 10 tahun lalu antara Kg. Cina, Kota Baharu dan Palekbang. Sampai sekarang masih belum dilaksanakan. Batu Asas jadi tugu peringatan....
SATU MELAYU:
Kerajaan BN berjuang demi kesejahteraan rakyat. Untuk itu pelbagai prasarana dibuat untuk kemudahan rakyat.

Bukannya macam kerajaan Pas Kelantan. Kepimpinan parti itu hanya mementingkan kuasa. Dan cara yang jadi amalan mereka hanyalah dengan ‘menjual air liur’. Kepentingan untuk rakyat yang dijanjikan hanyalah untuk masuk syurga milik Allah SWT.

Kerja yang sepatutnya dilakukan tidak dibuat, yang ada hanyalah janji-janji kosong sekadar melepas tengkok daripada keresahan yang disuarakan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog