Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 3 Mei 2011

Anwar Guna Taktik Elizabeth Wong, Sucikan Diri Dengan 'Tok Guru'. Kini Dosanya Telah Dibersihkan....

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim yang kini berdepan dengan dakwaan video seks dilihat cuba mencari talian hayat terakhir untuk membersihkan dirinya dengan berkunjung ke negeri  ‘Serambi Mekah’, Kelantan selain mengadakan perjumpaan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mungkin beliau melihat bagaimana Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang sebelum ini turut dikaitkan dengan gambar bogel  juga ‘menyucikan diri’ dengan berkunjung ke negeri  berkenaan dan sejurus mengadakan perjumpaan bersama ‘tok guru Nik Aziz’, beliau diangkat dengan penuh bermaruah oleh pimpinan pembangkang khususnya pimpinan Pas sendiri.

Mengulas mengenainya, bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata perkara itu ada kemungkinannnya  kerana Anwar hari ini cukup tersepit bak umpama lari tidak cukup padang untuk menutup mukanya.

“Bayangkan lepas satu demi satu keluar pelbagai skandal membabitkan diri beliau….Sebelum ini yang melibatkan kes liwat, Saiful Bukhari Azlan telah bermubahalah, namun Anwar macam biasa pusing 360 darjah dengan pelbagai alasan.

“Kali ini dakwaan video seks juga melibatkan sumpah oleh rakan baik beliau sendiri, Datuk Shazryl Eskay Abdullah baru-baru ini….Mana lagi beliau nak tutup muka dan pusing seribu satu alasan.

“Alasan demi alasan seolah-olah menjerat leher beliau sendiri. Sebab itulah kita tidak hairan kunjungannya ke Kelantan kerana Elizabeth Wong telah mengambil tindakan yang sama dan kemudiannya diangkat dengan dibela oleh penyokong totok Pas,” katanya kepada UMNO-Online di Kuala Lumpur.

Kata beliau lagi, dengan harapan itulah Anwar mengambil jalan pintas untuk memastikan legasi politiknya terus hidup dan terus menyinar dalam usaha mengejar kuasa dan kepentingan diri semata-mata.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pertemuan Anwar Ibrahim bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik mat baru-baru ini.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya berkata Nik Aziz boleh diumpamakan nyiru dan Anwar pula boleh diandaikan sebagai bangkai.

“Bagaimana nyiru boleh menutup bau bangkai…Lama kelamaan akan berbau juga. Tutuplah macam mana sekali pun akan terdedah jua. Ingatlah..Kita hanya manusia dan Alllah s.w.t yang berkuasa atas segala-galanya,” katanya.
- MediaUMNO

SATU MELAYU:
Setelah jumpa Tok Guru Nik Aziz, Eli Wong terus disanjung oleh orang Pas dan boleh berucap atas pentas Pas di Kota Baharu, Kelantan.... Siapa yang dosanya telah terdedah pergilah jumpa Nik Aziz untuk dibersihkan....
Jelaslah kepada umum bahawa Tok Guru Nik Aziz mereka itu dianggap bagaikan padri yang boleh membersihkan dosa seseorang dengan memberikan pengakuan berdosa secara berbisik.

Begitulah agaknya peranan Nik Aziz kepada para pemimpin pembangkang. Siapa yang telah terdedah dosanya kepada umum, maka hendaklah pergi berjumpa Tok Guru Nik Aziz di mana dia akan mengampunkan segala dosa. Tak kira apa agama dan apa bangsa, Nik Aziz akan mengampunkan semua dosa sesiapa yang disukainya.

Begitulah yang dilakukan Anwar Ibrahim. Setelah berjumpa Nik Aziz segala dosa yang dilakukan telah dibersihkan.

Anwar Ibrahim kini telah bersih dari segala dosa yang dilakunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog