Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 3 Mei 2011

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Perkembangaan PKM 1941-1945

(Bahagian Kedua)

APABILA Jepun menyerang Tanah Melayu, sikap orang ramai terutamanya orang Cina terhadap PKM telah berubah. PKM mula mendapat sanjungan dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun.

Semasa Jepun menduduki Tanah Melayu, anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan dan bekerjasama dengan British dengan menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British.

Sebelum Tanah Melayu dikuasai oleh Jepun, anggota-anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun.

PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat.

MPAJA juga mengadakan hubungan baik dengan pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British.

Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War in Malaya” menegaskan terdapat kira-kira 200 anggota PKM mendapat latihan dari British sebelum jatuhnya Singapura kepada kekuasaan tentera Jepun pada 15 Februari 1942.

Semasa pendudukan Jepun, PKM melakukan serangan hendap ke atas tentera Jepun dan menjalankan pengintipan untuk British. Pengalaman yang diterima semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya ke arah menjayakan matlamat perjuangan mereka.

Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan semula pihak British.

Pemerintahan PKM berlangsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai ‘Bintang Tiga’. Mereka telah merayakan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa merekalah yang bertanggungjawab mengalahkan tentera Jepun di Tanah Melayu.

Mereka telah merampas senjata tentera Jepun untuk digunakan dalam perjuangan mereka.

Seterusnya, mereka telah melakukan kekejaman ke atas orang yang enggan bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi yang mereka anggap menjadi ‘tali barut’ tentera Jepun.

Akibat tindakan PKM itu, berlakulah pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina terutamanya di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun.

Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka telah mengambil alih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan. Anggota-anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British.

Pada 1 Disember 1945, 6800 anggota MPAJA telah menyerahkan senjata mereka dan dibayar sagu hati sebanyak $350 seorang.

Walau bagaimanapun, dipercayai masih ramai anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana mereka tidak yakin dengan dasar British terhadap PKM.

Cetusan Sejarah:
Ibu Pejabat Parti Komunis Malaya
Hasrat PKM yang dikuasai kaum imigran Cina untuk menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah negara republik komunis terbantut apabila pihak British datang untuk berkuasa semula.

Kekejaman anggota komunis terhadap orang awam, terutamanya orang Melayu semasa mereka merampas kuasa selama dua minggu setelah kekalahan tenteran Jepun membuatkan pihak British tidak mengiktirap gerakan komunis di Tanah Melayu.

Ada kemungkinan, walaupun gerakan yang dinamakan Parti Komunis Malaya itu telah dihentikan, tetapi saki-baki fahaman atau keinginan merampas negara ini untuk dijadikan sebuah republik masih membara bagaikan ‘api dalam sekam’.

Ianya tidak pernah padam cuma bentuk perjuangan ke arah mencapai cita-cita itu sahaja yang mungkin berbeza. Gerakan yang menyamai gerakan komunis dan pengganas komunis tidak lagi bergerak di hutan sepertu dahulu tetapi di bandar-bandar yang kepadatan penduduk kaum imigran Cina agak tinggi.

Berdasarkan sejarahnya, gerakan mereka sentiasa dalam bentuk rahsia atau ‘pergerakan bawah tanah’.

Pelbagai tindakan menyalahi undang-undang negara seperti jenayah dan penyeludupan yang masih berlaku, tidak mustahil di dalangi gerakan yang berteraskan perjuangan komunis.

Pergerakan mereka hanya akan ketara apabila peluang terbuka luas untuk mereka melaksanakan cita-cita menjadikan Malaysia sebagai Republik Komunis Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog