Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 2 Mei 2011

Sahut Cabaran PAS: Eskay Sedia Jalani Ujian Poligraf, Anwar Bagaimana? Ada Beraniiii...?

AHLI perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah menyambut cabaran pimpinan PAS supaya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong melibatkan video seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun dengan syarat Ketua Pembangkang tersebut turut menjalani ujian poligraf yang sama. "Saya mahu proesedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat saiapa yang benar dan berbohong," kata Shazril Eskay yang pada Jumaat lalu bersumpah laknat bahawa pelaku dalam video berkenaan ialah Anwar.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa yang mahukan trio Datuk T menjalani ujian itu bagi membuktikan mereka bercakap benar.

Shazryl Eskay; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu mendedahkan kepada sekumpulan wartawan rakaman video kontroversi berkenaan.

Anwar kemudian membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman itu.

Husam yang dipetik dari sebiah akhbar berkata, Datuk T perlu menjalani ujian berkenaan bagi membuktikan bahawa mereka tidak melakukan pendedahan semata-mata untuk kepentingan politik murahan mereka.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Husam, Shazryl Eskay berkata, itu membuktikan bahawa pemimpin PAS sedia menerima bukti secara saintifik.

"Itu menunjukkan mereka sanggup menerima rakaman video itu sebagai bukti. Mereka juga perlu terima bukti DNA dan kaedah saintifik bagi mengenal pasti lelaki dalam video itu," ujarnya.

Beliau juga menjemput Anwar untuk sama-sama bersumpah tetapi Ketua Pembangkang itu menolaknya.

"Saya yakin Anwar tiada masalah menggnakan teknik sains untuk membuktikan siapa yang bersalah selepas menolak untuk bersumpah dengan pelbagai alasan," katanya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Bekas sahabat karib Anwar Ibrahim – Datuk Eskay, yang membuat tuduhan melalui ‘sumpah laknat’ Jumaat lalu, sedia menjalani ujian poligraf sebagai menyahut cabaran pemimpin Pas.

Apa kata pemimpin Pas setelah cabarannya disahut? Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim selaku tertuduh yang setiap waktu menafikan keterlibatannya dalam video seks yang diperkatakan? Takkan penuduh sahaja yang perlu menjalani ujian poligraf, yang dituduh bagaimana?

Apakah keadilan yang dicari oleh puak Pas hanya ke atas pihak yang menuduh saja? Sedangkan pihak tertuduh yang dibela bermatian-matian oleh pemimpin Pas tidak perlu?

Mana ada keadilan kalau hanya satu pihak sahaja yang diminta menjalani ujian poligraf.

Beranikah para pemimpin Pas menyuarakan gesaan supaya Anwar Ibrahim juga menjalani ujian secara bersama dengan Eskay?

Kalau pemimpin Pas benar-benar anak jantan dan bertindak atas nama keadilan, cubalah bersuara meminta Anwar Ibarhim diuji bersama Eskay.

Ada berani ka? Nanti bila Anwar tengking terus terkucil....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog