Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 4 Mei 2011

ISU VIDEO SEKS: Ahli Pas semakin tak percayakan Anwar?

PUCUK pimpinan Pas Kelantan kecuali Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dipercayai semakin yakin bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan trio ‘Datuk T’ adalah Anwar Ibrahim.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mendakwa, pendirian Pas negeri itu disuarakan sendiri oleh beberapa pemimpin kanan Pas Kelantan kepadanya.

Dakwa Wan Khairul lagi, hakikat tersebut juga dapat dilihat apabila Anwar sendiri tidak mendapat sambutan hangat daripada pemimpin Pas Kelantan semasa beliau mengunjungi Nik Abdul Aziz di Kota Bharu, beberapa hari lalu.

Pada masa sama, katanya, Anwar juga sewaktu berkunjung ke Kelantan hanya berceramah di kawasan yang majoritinya penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bukannya di kubu kuat Pas seperti kebiasaan.

“Saya boleh katakan di sini bahawa semakin ramai pemimpin Pas Kelantan meragui penafian Anwar bahawa dia tidak terlibat dalam video seks. Rata-rata mereka percaya Anwar terbabit dalam video itu sebagaimana didakwa.

“Namun atas pertimbangan politik mereka ini terpaksa mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga keputusan mengenai siapa pelaku dalam video seks didedahkan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Selasa.

Mengulas lanjut, Wan Khairul berkata, cabaran exco Kelantan, Datuk Husam Musa supaya Datuk Shazryl Eskay Abdullah menjalani poligraf juga sebenarnya bersifat serampang dua mata yang bertujuan memerangkap Anwar.

Katanya, ini kerana sebagai ahli politik berpengalaman, Husam sebenarnya sudah dapat membaca bahawa Shazryl Eskay tidak takut untuk menjalani ujian tersebut, memandangkan sumpah laknat pun ahli perniagaan itu berani laksanakan.

Dalam pada itu, Wan Khairul mencabar Anwar supaya membawa kes rakaman video seks tersebut ke mahkamah syariah dengan segera jika benar beliau yakin dirinya tidak bersalah dan sengaja difitnah oleh Shazryl Eskay.

“Anwar tidak perlu menyalahkan orang lain. Bukti yang ada sekarang sebenarnya semakin tidak berpihak kepada dia. Jika dia yakin tuduhan ini satu fitnah segera failkan kes ini ke mahkamah syariah memandangkan untuk bersumpah pun dia takut,’’ tegasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Bukan ahli Pas di Kelantan sahaja yang yakin bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku lelaki dalam video seks berkenaan. Ahli Pas di tempat lain di seluruh negara pun demikian juga. Cumanya mereka segan mengakuinya kerana tak mahu ‘malu muka’ dengan kekawan Umno setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog