Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 5 Mei 2011

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Perkembangan PKM 1945-1948

(Bahagian Ketiga)

PKM telah menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan anggotanya.

Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM menganjurkan ‘Gerakan Massa’ untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri, iaitu kemerdekaan.

PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-parti politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina.

Untuk mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada tahun 1946.

Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja Pusat, contohnya, PKM telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU.

Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan.

Akibatnya sebanyak 300 permogokan yang dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada 1946-1947.

Bagi menghadapi permogokan tersebut, pihak British telah melaksanakan undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti politik supaya tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM.

Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu perarakan besar di Singapura bagi memperingati kekalahan British di tangan Jepun pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta menunjukkan kekuatan PKM.

Pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi menggagalkan penubuhan PTM.

Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM.

Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirinya dan beliau telah menghilangkan diri bersama-sama wang parti.

Akibatnya, pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Ong Boon Hua yang lebih dikenali sebagai Chin Peng.

Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia.

PKM diwakili oleh Lee Soong. Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis.

Cetusan Sejarah:
Sejarah telah membuktikan bahawa salah satu strategi utama pergerakan komunis menjalankan kegiatannya adalah melalui kesatuan pekerja, pertubuhan-pertubuhan sukarela kaum Cina atau apa yang sekarang dinamakan NGO dan sekolah-sekolah Cina.
Persoalannya ialah apakah NGO dan persatuan-persatuan sekolah Cina yang masih wujud sekarang – yang semakin bertambah jumlahnya dari dahulu, terkecuali daripada diresapi pengaruh komunis yang pada masa sekarang mungkin bergerak atas nama lain tetapi, matlamat dan cita-cita menjadikan negara ini sebagai sebuah republik masih menjadi perjuangannya?

Fikir-fikirkanlah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog