Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 5 Mei 2011

“Kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu”. Naib Canselor UUM Kesal Permohonan Sambung Rebat Cukai Tanah Ditolak.

NAIB Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak kesal dengan keputusan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kedah yang menolak permohonan untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu.

Beliau berkata, pihaknya bagaimanapun akur dengan keputusan itu dan akan menjelaskan jumlah bayaran yang ditetapkan, namun akan mengadakan perbincangan untuk membayarnya secara ansuran.

"UUM tidak ada pilihan melainkan terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

"Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat.

"UUM dah bagi banyak sumbangan dan patut diambil kira oleh kerajaan negeri. Kalau dapat rebat, duit baki itu boleh guna untuk pembangunan akademik dan kemajuan universiti untuk faedah rakyat negeri ini," kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata pihak universiti berkenaan berasa sangat terkilan dengan keputusan terbabit, namun terpaksa akur.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam kenyataanya semalam memberitahu pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

Sepanjang tempoh rebat diberikan iaitu pada 2006 hingga 2008, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.

Menurut Azizan, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

- Bernama

SATU MELAYU:
Bayar sajalah. Apa nak buat, dah nasib UUM berada di negeri yang diperintah oleh kerajaan yang hanya mementingkan politik kepartian tanpa mengambil berat pembangunan akademik rakyat.

InsyaAllah, selepas PRU akan datang, cukai tanah kampus UUM akan kembali ke tahap asal dengan rebit khas yang diberikan selama ini.

Anggap sahajalah kerajaan Pas Kedah kini sebagai kerajaan yang tersangat adil dan mengutamakan kepentingan rakyat mengikut acuan mereka. Kepada Pas apa yang diputuskan itu adalah adil. Tanah di Sintok itu sama nilainya dengan tanah di bandar-bandar besar yang lain.

Mereka lupa dan tak sedar diri. Kalau tidaklah kerana adanya UUM sebagai pemangkin pembangunan di situ, tidak ramai rakyat negara ini yang kenal nama Sintok dan pekan Jitra.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog