Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 2 Mei 2011

Osama Bin Laden Terbunuh Berhampiran Islamabad

Visual video yang dikeluarkan Express TV menunjukkan jenazah pemimpin Al Qaeda, Osama bin Laden di Islamabad, Pakistan pada Isnin. Beliau yang juga perancang utama serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 dilaporkan terbunuh dalam satu serangan yang diketuai AS. Foto AP
OSAMA Bin Laden terbunuh dalam serangan menggunakan helikopter di sebuah rumah agam di bahagian Utara ibu negara Pakistan, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Pakistan pada Isnin.

Empat helikopter melancarkan serangan di bahagian Bilal, Abbottabad yang terletak kira-kira 100 kilometer utara dari sini, kata seorang pegawai Pakistan yang enggan mendedahkan namanya ekoran isu tersebut dianggap sebagai sensitif.

Pegawai tersebut menambah, satu daripada helikopter tersebut terhempas dikatakan ditembak dari bawah. Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sekiranya ada yang terkorban.

Beliau berkata, helikopter terbabit bertolak dari pangkalan udara Pakistan yang terletak di utara negara terbabit.

Dalam serangan itu, golongan wanita dan kanak-kanak ditahan.

Seorang pegawai AS yang juga tidak mendedahkan identitinya mengesahkan bahawa serangan tersebut dilancarkan ke arah sebuah rumah agam berhampiran Islamabad.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden AS, Barrack Obama berkata, operasi tersebut dijalankan pada Ahad.

Berita kematian Osama di Islamabad akan menimbulkan persoalan bagaimana dia dapat meloloskan diri daripada tangkapan dan berapa lama dia bersembunyi di daerah tersebut.
- AP/mStarOnline

SATU MELAYU:
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Barack Obama membuat pengumuman kejayaan tentera negara itu membunuh pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden di Rumah Putih, Washington hari ini. - Foto Reuters
Ada hikmah di sebalik pembunuhan Osama ini.

Sama-sama kita tunggukan mainan politik Yahudi/Zionis ketika Obama berhasrat mengekalkan jawatan Presiden AS untuk tempuh lima tahun lagi.

Hanya Obama yang berjaya menghapuskan Osama.
Itulah masej tersirat dari berita pembunuhan berkenaan.

2 ulasan:

Pemuda TG berkata...

Sekiranya benar Osama, marilah kita sedekah kan AL-FATIHAH.

mohon dilink ke blog Tuan

http://pemudatg1.blogspot.com
modestos

andddiikk berkata...

Tak caya. Propaganda Yahudi. Ada pendapat kata Osama dah lama meninggal sakit bbuah pinggang. Yang ini nak kuatkan Obama je menjelang pemilihan Presiden.. Wallahuaklam.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog