SUMPAH secara terbuka di hadapan umum merupakan jalan terbaik bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan sebagai pelaku di dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.
Tindakan itu wajar dilakukan kerana Ketua Pembangkang itu kini berada pada kedudukan pihak yang kena tuduh dan seharusnya Anwar berbuat sesuatu berdasarkan hukum syarak untuk membebaskannya daripada tuduhan tersebut.
Bagaimanapun Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah berkenaan atau sebaliknya kerana ia bukan satu bentuk paksaan.
''Anwar dalam isu ini sepatutnya bersumpah. Namun begitu terpulanglah kepada Anwar sama ada beliau mahu melakukannya atau tidak.
''Tambahan pula ini bukannya perintah mahkamah dan sesiapapun tidak berhak untuk memaksa Anwar bersumpah. Seperti yang saya katakan tadi perkara ini kita serahkan sepenuhnya kepada Anwar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Ahad.
Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang itu.
Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat oleh salah seorang anggota trio tersebut iaitu bekas rakan karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.
Mengulas isu sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, Anwar wajar segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum.
''Ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut. Paling baik dilakukan di mahkamah syariah dengan disaksikan hakim,'' ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pihak yang menuduh Anwar sebagai pelaku di dalam video seks itu perlu mengemukakan bukti di mahkamah syariah supaya satu bentuk pendakwaan boleh dilakukan.
''Rasulullah SAW perintahkan setiap pertikaian hendaklah diselesaikan. Oleh itu (dalam isu ini) bagi pihak yang mendakwa dikehendaki membawa bukti manakala pihak yang menafikan perlu bersumpah.
''Dalam perkara ini juga tidak ada sumpah laknat di pihak Shazryl Eskay. Shazryl Eskay silap mendapat nasihat.
''Dia sepatutnya perlu segera menyerahkan bukti kepada mahkamah syariah supaya pihak mahkamah boleh melakukan kajian dan membuat pendakwaan dengan segera.
''Pihak pendakwa wajib proaktif agar imej Islam terjaga. Isu ini perlu segera diselesaikan kerana ia telah mendatang kegelisahan di kalangan umat Islam,'' jelasnya.
- Utusan Online
SATU MELAYU:
Kerat tujuh belas pun Anwar tidak akan melakukan sumpah seperti yang disarankan itu. Sama ada secara terbuka atau pun tertutup, dia pasti tidak akan lakukan.
Kalau dia lakukan malulah dia sebab sebelum ini dia sering menolak untuk melakukan sumpah sebagaimana yang sering ditanyakan wartawan kepadanya sebaik isu ini timbul.
Sebagaimana yang kita semua ketahui, dia bukannya menjawab soalan malah marah-marah dengan kata-kata kesat bila disebut mengenai sumpah seperti yang dilakukan Datuk Eskay. Malahan dia merepek dan meraban dengan pelbagai alasan dan hukum ciptaannya.
Walau malaikat sekalipun yang datang kepadanya memberitahu supaya dia melakukan sumpah, dia tidak akan melakukannya. Kedegilan Anwar sudah sampai ke tahap gaban. Tak boleh lagi diajar dan tidak akan menerima nasihat. Dia bertuhankan hawa nafsunya yang ditonggangi syaitan.
Anwar akan terus mendakwa segalanya adalah mainan politik kotor Umno dan PM, sedangkan yang kita semua ketahui Datuk Eskay itu adalah sahabat dan kenalan rapat yang dijadikannya balaci dalam memenuhi kepuasan nafsu seksnya.
Datuk Eskay adalah sahabat karib Anwar setelah Nallakarupan meninggalkannya.
1 ulasan:
Doo Doh ponat doh den.X dapet den nak nolong. Bosa dosa ekau tu nuar, taubatlah copet-copet nati mati tak leh ngucap.
Catat Ulasan