Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 7 Mei 2011

SEJARAH PARTI KOMUNIS MALAYA: Perkembangan PKM 1948-1954

(Bahagian Ke Empat)

BERIKUTAN dengan keputusan persidangan Calcutta, PKM mula mengubah dasar dan taktiknya sejak tahun 1948. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat kegagalan PKM untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan yang dijalankans sejak tahun 1945.

PKM menubuhkan pasukan tentera anti-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew.

Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA.

Bagi menjayakan matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao Tze Tung.

Mengikut strategi ini, PKM akan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan amat lemah. 

Keretapi menjadi sasaran pengganas....
Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang dan menguasai seluruh Tanah Melayu.

Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948.

PKM meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina.

Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948.

Berikutan peristiwa itu, kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang Darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948, di mana PKM diharamkan.

Akibat pengisytiharaan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang pasukan keselamatan dan juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong Eropah.

Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya Balai Polis menjadi sasaran PKM. Mereka memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi.

Ladang getah dan pekerjanya jadi mangsa....
 PKM juga menyerang ladang-ladang getah dan lombong bijih timah di mana pokok getah dan jentera perlombongan dimusnahkan untuk menyekat pengeluaran bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu.

Dalam usaha untuk mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan.

Edger O. Balance dalam bukunya “The Communist Insurgent War 1948-1964” menegaskan terdapat antara 30-40 ribu anggota “Min Yuan” pada peringkat awal pemberontakan PKM.

Dalam usaha untuk menakut-nakutkan orang ramai dan menjejaskan pasukan keselamatan, PKM menjalankan kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan.

Akibat dari kempen itu, mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser.

Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM.

Menyedari bahawa keganasan yang mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap PKM, mereka berusaha untuk mengelakkan serangan ke atas orang awam.

Sejak September 1951, serangan hanya dilakukan ke atas pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip kerajaan dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah.

Menjelang tahun 1954, ternyata perjuangan PKM menemui kegagalan kerana ramai anggotanya dibunuh, ditangkap atau menyerah diri.

Cetusan Sejarah:
Berdasarkan sejarah perjuangan Parti Komunis Malaya dari mula hingga akhir (kerana diharamkan), pemusatan kuasa dan gerakannya adalah dikuasai oleh kaum imigran Cina yang datang ke Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari rezeki.

Tidak cukup dengan sekadar mencari rezeki, kaum imigran Cina mula bercita-cita untuk menguasai ekonomi dan pemerintahan Tanah Melayu dengan menjadikan negara ini sebuah republik komunis, atau negara ke dua selepas negara asal mereka – China.

Walau bagaimanapun, apa yang mereka cita-citakan tidak berjaya hingga kini.

Bagaimanapun tidak mustahil cita-cita mereka masih membara. Berdasarkan perkembangan politik tanah air selepas PRU 2008, khasnya selepas pakatan berjaya menguasai negeri Perak dengan kuasa yang dimonopoli oleh DAP, pemimpin DAP Perak berusaha menimbulkan isu untuk membawa pulang ‘suku-sakatnya’ – Chin Ping, menetap di Malaysia.

Moralnya, apakah semangat dan cita-cita Parti Komunis Malaya itu masih hidup tetapi atas nama parti politik yang dihalalkan undang-undang, iaitu DAP? Dan apakah kejayaan PAP mendapatkan pulau Singapura sebagai sebuah negara untuk kaum imigran Cina adalah kejayaan komunis atas nama parti sosialis?

Justeru, hubungan DAP selaku anak kelahiran PAP untuk Tanah Melayu mempunyai agendanya yang tersendiri.

Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog