POLIS sedang mengenal pasti dalang pengedaran salinan video seks mirip pemimpin pembangkang yang diperoleh beberapa orang kenamaan termasuk ahli politik baru-baru ini.
Beberapa individu termasuk Anggota Parlimen Kapar S. Manikavasagam baru-baru ini menerima sampul surat mengandungi video cakera padat rakaman aksi seks yang pelakunya mirip ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis memandang serius perbuatan itu kerana ia boleh mengganggu proses siasatan kes rakaman video itu yang masih berjalan.
"Kami sahkan beberapa kenamaan termasuk ahli politik memperoleh salinan video yang dipercayai diedarkan pihak tertentu dan beberapa laporan polis oleh mereka yang menerima salinan itu telah dibuat.
"Siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk mengenal pasti dalang yang bertanggungjawab iaitu individu dan pihak yang mengedarkan serta motif mereka mengedarkan video itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Anti Penyeludupan dan Pemerdagangan Manusia Peringkat Asean di Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur.
Ismail juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi rakaman terbaru video seks berkenaan yang akan dimuatnaik di laman web oleh individu yang tidak bertanggungjawab selepas ini.
Beliau berkata dalam zaman teknologi yang moden dan canggih ini, polis tidak mampu untuk menyekat terus penyebaran rakaman video berkenaan melalui internet.
Mengulas mengenai perkembangan kes video seks itu, Ismail berkata kertas siasatan sedang dikemaskini dan akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara secepat mungkin untuk tindakan lanjut.
Kertas siasatan yang dihantar ke Pejabat Peguam Negara dan kemudian dipulangkan semula sebelum diserah sekali lagi bukan perkara baru dan ia adalah antara prosedur dalam melengkapkan siasatan sebelum proses pendakwaan dibuat, katanya.
Ditanya mengenai ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Kepong hari ini, Ismail berkata keterangan Eskay itu adalah prosedur biasa bagi melengkapkan siasatan kes video seks berkenaan.

- Bernama
SATU MELAYU:
Sewajarnya pihak polis cepat mengenal-
pasti dan mendakwa pengedar dimaksud-
kan.
Isunya sekarang ialah dakwaan pihak pembangkang yang mengatakan pihak polis sendiri yang mengedar video seks berkenaan.
Hanya dengan pendedahan dan seterusnya mendakwa mereka yang terlibat sahaja boleh membersihkan nama baik Jabatan Polis yang dimanipulasi oleh pihak pembangkang sebagai agen kerajaan Umno/BN melancarkan konspirasi terhadap Anwar Ibrahim.
Segera buktikan bahawa dakwaan yang diuar-uarkan juak-juak pembangkang itu tidak benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan