Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 4 Mei 2011

KECOH DI MASJID AMRU AL-AS: Eskay Beri Keterangan Kepada Polis


AHLI perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada Rabu hadir memberi keterangan kepada polis berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat lepas.

Beliau hadir di Balai Polis Kepong kira-kira 11 pagi bersama seorang lelaki dengan menaiki kereta Proton Waja dan keluar dua jam kemudian selepas selesai memberi keterangan.

Eskay ketika ditemui pemberita di luar perkarangan balai tersebut berkata beliau hadir pada Rabu untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di masjid tersebut sehingga menyebabkan kekecohan.

"Polis hari ini mengambil keterangan mengenai kejadian yang berlaku pada hari tersebut.. polis tanya saya semasa saya di sana adakah saya dengar masalah di dalam masjid tersebut dan bagaimana reaksi orang di dalam masjid itu.

"Saya beritahu apa yang saya nampak dalam masjid itu kebanyakan mereka adalah pemberita dan kesemua yang lain ada observers yang saya langsung tidak kenal dan saya dengar mereka menjerit Qazaf," katanya.

Dalam pada itu, mengenai wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang, Eskay berkata beliau tidak mengenali wanita itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

"Saya tidak membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks di dalam video itu...Saya tak nak dedahkan semuanya kerana kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Ketika ditanya adakah video tersebut dirakam di Thailand ataupun negara asing beliau hanya menjawab, "Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia kerana tiada sarikata bahasa Siam."

Mengenai DNA diserahkan kepada polis baru-baru ini, beliau berkata tujuan beliau menyerahkan DNA itu adalah berkaitan dengan jam Omega.

Eskay berkata oleh kerana beliau memegang jam berkenaan semasa kejadian maka sudah tentulah DNA beliau terdapat pada jam itu.

Pada Jumaat lepas Eskay melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul untuk membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya bulan lepas.

Beliau hadir bersama dua lagi anggota Trio Datuk T iaitu bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim kira-kira 4.10 petang menaiki kereta Toyota Estima.

Sebelum itu, kira-kira 300 penyokong Parti Keadilan Rakyat berkumpul dan membuat kekecohan di luar dan dalam masjid itu bagi menghalang Eskay melakukan sumpah laknat.
- Bernama

SATU MELAYU:
Ya tak ya jugak.... Eskay datang ke Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul untuk melakukan sumpah laknat yang bermaksud sanggup dilaknat oleh Allah SWT sekiranya apa yang didakwanya terhadap Anwar Ibrahim tidak benar. Bukannya bersumpah untuk memohon Yang Maha Berkuasa melaknat Anwar Ibrahim.

Oleh itu apa logiknya AMK yang diketuai Sam Ketot menganggu hasrat Trio Datuk T itu hingga sanggup mencemarkan kesucian Rumah Allah berkenaan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog