MASA depan politik Anwar Ibrahim dijangka bertambah kelam, kerana satu lagi pendedahan menggemparkan negara akan dilakukan bekas rakan baiknya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, minggu depan.
Menurut Shazryl Eskay, pendedahan itu kelak, mempunyai implikasi yang jauh lebih besar berbanding rakaman video seks yang wajah pelakunya mirip Anwar kerana ia dikatakan melibatkan soal negara.
“Apa yang saya boleh beritahu ia pendedahan yang cukup besar. Implikasinya jauh lebih besar berbanding rakaman video seks Anwar. Perkara ini melibatkan kepentingan negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Isnin.
Shazryl Eskay berkata demikian ketika diminta mengesahkan tentang desas-desus bahawa satu lagi pendedahan besar bakal berlaku minggu depan membabitkan Anwar, selepas beliau bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks baru-baru ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai cabaran Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa supaya beliau bersama dua lagi trio ‘Datuk T’ menjalani ujian poligraf, Shazryl Eskay mengalu-alukan cabaran tersebut.
Katanya, mereka sedia menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada terdapat pembohongan atau tidak dalam isu video seks tetapi dengan syarat, Anwar juga perlu sama-sama menjalani ujian tersebut secara terbuka.
Sambil menyindir Husam yang seolah-olah tidak percaya kepada janji Allah terhadap sesiapa yang melakukan sumpah laknat, Shazryl Eskay berkata, beliau berani kerana yakin dirinya berada di pihak yang benar berbanding Anwar.
“Alhamdulillah... Saya terima cabaran tersebut dan sedia untuk menjalani ujian itu secara terbuka. Biar acara tersebut disiarkan secara langsung agar rakyat boleh menilai. Kali ini saya ingin beri penghormatan kepada Anwar terlebih dahulu.
“Saya mahu dia menjalani ujian terlebih dahulu kerana dalam soal sumpah laknat saya sudah mendahului dia. Sebagai pemimpin ‘terhebat’ pembangkang, saya bagi penghormatan kepada Anwar,” jelasnya.
- Utusan
SATU MELAYU:
Apalah pulak yang akan didedah oleh Eskay – bekas sahabat karib Anwar Ibrahim, pada minggu depan sebagaimana yang dijanjikannya itu. Menurutnya, pemdedahan itu lebih hebat daripada isu video seks yang cukup panas kisahnya.
Nasib kaulah Nuar. Lepas satu, satu ‘kisah busuk’ kamu didedah dan dilambakkan kepada rakyat oleh bekas sahabat kamu sendiri. Bukan orang lain, bukan orang Umno. Tapi sebagaimana biasa kamu tetap akan kata semua itu adalah fitnah jijik Umno dan DS Najib terhadap kamu.
Kamu cuba lari daripada sebab sebenar semua ini terjadi adalah dengan izin Allah SWT jua. Tanpa keizinannya, seuatu tidak akan terjadi.
Kenapa semua ini terjadi?
Ada dua pendapat umum yang paling popular. Satu pihak kata semua ini terjadi kerana tuntutan kepada Allah SWT supaya ditunjukkan keadilan dan kebenaran melalui solat-solat hajat yang diketuai Nik Aziz Nik Mat bersama-sama pengikutnya dan pemuja kamu.
Satu lagi pendapat yakin bahawa semua ini terjadi kerana Allah SWT mahu mendedahkan keaiban hambaNya, iaitu Anwar bin Ibrahim yang menyokong ‘pluralisme’ dalam beragama serta merelakan nama Allah diguna oleh agama-agama lain selain Islam.
Fikir-fikirkanlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan