RAKAN sekerja Teoh Beng Hock terpaksa ditenteramkan oleh pengerusi suruhanjaya apabila enggan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung karektor mendiang Teoh.
Setiausaha Anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) Kinrara, Mandy Ooi, juga enggan memberi pandangannya terhadap kehidupan peribadi Teoh termasuk keadaan teman wanita mendiang yang mengandung sebelum berkahwin dan kewujudan nota selamat tinggal.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah terpaksa menyoal Ooi beberapa kali tetapi tidak mendapat kerjasama dari saksi itu.
Sebaliknya Ooi memperli peguam itu supaya merujuk soalan itu kepada Teoh.
Beliau juga enggan menjawab apabila ditanya adakah Teoh sensitif apabila dituduh menyalahgunakan kuasa dan terlibat dalam rasuah tetapi akhirnya hanya menjawab "tiada komen" setelah disoal berkali-kali.
Berikutan gaya Ooi memberi keterangan, pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen memintanya supaya bertenang dan memohon supaya menjawab soalan.
"Tolong jangan bersikap mempertahankan diri. Teoh sudah mati. Kami mahu menyiasat...kita tidak boleh bertanya dengan dia. Apa yang kita boleh lakukan ialah dengan bertanya kepada beberapa orang supaya memberi kita idea.

"Tolonglaa...," katanya.
Selepas teguran itu, Ooi menyatakan bahawa pada kebiasaanya apabila Teoh marahkan sesuatu, dia akan makan untuk menenangkan diri dan kembali normal selepas itu.
Terdahulu, Ooi, yang mengenali Teoh selama setahun sebelum kematiannya, memberitahu bahawa dia adalah seorang yang rajin bekerja, bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.
Katanya Teoh ada memberitahu untuk berhenti kerja selepas berkahwin dan menjalankan perniagaan sendiri supaya boleh meluangkan masa bersama keluarga.
Ooi juga berkata Teoh merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 3 Okt 2008 dan meminta beliau meluangkan masa pada 29 Julai 2008 untuk 'menguji sajian' di Hotel Legend di sini.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu ditubuhkan pada Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas ahkamah Koroner membuat keputusan 'terbuka'.
Ooi juga menyifatkan Teoh sebagai seorang yang penyabar dan berusaha menyelesaikan kerjanya sepantas mungkin serta mempunyai hubungan mesra dengan ketuanya dan tidak mempunyai musuh.
Sementara itu, Muhammad Shafee memohon anggota suruhanjaya meneliti maklumat mengenai prosiding kematian Teoh di dalam satu laman web yang dipercayai dimuat turun dari Malaysiakini kerana ia mencabar kewibawaan penubuhan suruhanjaya itu.
Katanya berita tersebut menyebut "RCI sekongkol dengan SPRM" ditulis pada Khamis lalu di Malaysiakini dengan memetik adik perempuan Teoh iaitu Lee Lan.
Muhammad Shafee berkata tohmahan tersebut perlu diperbetulkan dan suruhanjaya boleh mengambil tindakan tertentu kepada pihak terbabit.
Foong kemudian berkata Lee Lan akan disoal mengenai petikan laman web itu semasa dia memberi keterangan pada prosiding siasatan itu, Khamis ini.
- Bernama
Selepas teguran itu, Ooi menyatakan bahawa pada kebiasaanya apabila Teoh marahkan sesuatu, dia akan makan untuk menenangkan diri dan kembali normal selepas itu.
Terdahulu, Ooi, yang mengenali Teoh selama setahun sebelum kematiannya, memberitahu bahawa dia adalah seorang yang rajin bekerja, bertanggungjawab dan mementingkan keluarga.
Katanya Teoh ada memberitahu untuk berhenti kerja selepas berkahwin dan menjalankan perniagaan sendiri supaya boleh meluangkan masa bersama keluarga.
Ooi juga berkata Teoh merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan pada 3 Okt 2008 dan meminta beliau meluangkan masa pada 29 Julai 2008 untuk 'menguji sajian' di Hotel Legend di sini.
Teoh, 30, setiausaha politik anggota Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Suruhanjaya itu ditubuhkan pada Januari lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas ahkamah Koroner membuat keputusan 'terbuka'.
Ooi juga menyifatkan Teoh sebagai seorang yang penyabar dan berusaha menyelesaikan kerjanya sepantas mungkin serta mempunyai hubungan mesra dengan ketuanya dan tidak mempunyai musuh.
Sementara itu, Muhammad Shafee memohon anggota suruhanjaya meneliti maklumat mengenai prosiding kematian Teoh di dalam satu laman web yang dipercayai dimuat turun dari Malaysiakini kerana ia mencabar kewibawaan penubuhan suruhanjaya itu.
Lee Lan |
Muhammad Shafee berkata tohmahan tersebut perlu diperbetulkan dan suruhanjaya boleh mengambil tindakan tertentu kepada pihak terbabit.
Foong kemudian berkata Lee Lan akan disoal mengenai petikan laman web itu semasa dia memberi keterangan pada prosiding siasatan itu, Khamis ini.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan