Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 5 Mei 2011

Pejabat Tanah Tolak Permohonan Sambung Rebat Cukai Tanah UUM - MB Kedah

PEJABAT Tanah dan Galian (PTG) Negeri menolak permohonan Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menyambung semula rebat cukai tanah universiti itu, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau berkata, justeru pihak universiti perlu menjelaskan bayaran pada kadar lama sebanyak RM1.7 juta atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

"Rayuan buat dah, tapi PTG tak setuju jadi kena bayar secepat mungkin (RM1.7 juta) atau boleh kena penalti sehingga RM90,000 lebih atau tanah kampus boleh dirampas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, Baling, petang Rabu.

Katanya, kadar cukai sebanyak RM0.20 bagi setiap kaki persegi tanah UUM jauh lebih rendah berbanding cukai yang dikenakan terhadap universiti lain, misalnya Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang yang dikenakan sebanyak RM2.50 bagi setiap kaki persegi.

"Universiti Teknologi Mara pun bayar RM0.50 bagi satu kaki persegi... jadi UUM mampu nak bayar banyak tu dan kalau mereka tak mahu bayar, kerajaan negeri akan rugi kira-kira RM1.6 juta setahun," katanya.

Pertengahan April lalu, UUM menerusi Bendaharinya telah menghantar surat kepada PTG untuk mendapatkan rebat bagi cukai tanah untuk tempoh lima tahun setelah tempoh rebat terdahulu tamat pada 2008.

Azizan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta Pengarah PTG Negeri untuk memberi pandangan sama ada rebat yang diberikan kepada UUM sebelum ini selama dua tahun perlu disambung atau tidak.

Sepanjang tempoh rebat diberikan, UUM hanya membayar RM150,000 bagi cukai tanah universiti itu.

Sementara itu, mengenai hasrat UUM untuk menjadikan kawasannya zon bebas cukai, Azizan berkata sekiranya ia terlaksana, kadar cukai tanah yang akan dikenakan sudah pasti akan berbeza kerana tanah komersial cukainya berbeza.
- Bernama


SATU MELAYU:
MB Pas yang dakwa jawatannya tak berkuasa
Begitulah nasib sebuah pusat pengajian tinggi kelolaan kerajaan pusat apabila tanah tapah ianya dibina terletak di negeri yang dikuasai pembangkang – PAS.

Kepada Pas universiti itu adalah atas kepentingan politik BN sedangkan hakikatnya universiti tajaan kerajaan pusat tidak pernah mengasingkan pelajarnya mengikut fahaman politik ibu bapanya. Anak orang Pas, PKR dan DAP boleh saja menuntut di situ jika berkelayakan. Dan bantuan kerajaan pun tidak membezakan mereka kerana mereka anak-anak penyokong parti pembangkang.

Apapun, punca segala masalah terjadi kerana kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas sudah pokai. Tak ada duit nak tadbir negeri.

Apabila mereka dapati cukai tanah universiti itu mampu menyalurkan kewangan negeri, maka peluang itu terpaksa mereka guna. Tambahan pula mereka yakin kerajaan pusat melalui Kementerian Pendidikan Tinggi mampu membayarnya.

Lebih dahsyat lagi, kenyataan MB Pas itu bagaikan mengugut pihak kementeria dan universiti dengan amaran akan merampas semula tanah tapak UUM jika cukai itu tidak dibayae dengan segera. Sedangkan sebelum itu, MB Pas pernah berkata pihak UUM boleh membayarnya secara beransur.

Dulu lain, sekarang lain. Hari ini lain, esok lain. Bagaikan sifat seorang munafik....

Semua itu hanya mampu diselesaikan jika para pengundi sedia mengubah kembali kerajaan Kedah kepada BN melalui PRU akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog