Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 2 Mei 2011

BN sudah sedia ambil alih Kelantan


MUSTAPA Mohamed (empat dari kiri) bersama para pemimpin dan ahli BN pada Majlis Konvensyen BN Kelantan di Kota Bharu, semalam.
BARISAN Nasional (BN) telah bersedia untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang bagi membawa lebih banyak pembangunan ke negeri ini demi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, BN sedia membariskan barisan kepimpinan dinamik yang lebih baik dan dasar-dasar pembangunan yang diyakini berupaya membawa kemajuan kepada negeri dan rakyat.

Malah, katanya, BN juga sedia menggerakkan pelan transformasi ekonomi bagi memajukan lagi negeri ini yang sebenarnya mempunyai banyak potensi tetapi masih ketinggalan dalam banyak aspek akibat kegagalan pemerintahan kerajaan Pas Kelantan.

"Kita berkeyakinan untuk menumbangkan Pas dan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen bagi disumbangkan kepada BN Pusat untuk membentuk kerajaan dengan majoriti dua pertiga," katanya semasa membuat penggulungan pada Konvensyen BN Kelantan 2011 di sebuah hotel, di sini hari ini.

Konvensyen itu dihadiri oleh lebih 340 perwakilan parti komponen BN termasuk wakil masyarakat Siam.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang dan kelemahan kerajaan Pas Kelantan menyelesaikan pelbagai isu rakyat, memberi peluang kepada BN untuk mencapai kemenangan.

"Tetapi kita jangan hanya bergantung harap kepada kelemahan orang lain, itu satu bonus tetapi yang penting kita perlu memperhebatkan gerak kerja dan pelan strategik termasuk mendekati rakyat serta daftar pemilih," katanya.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Mustapa berkata, BN menyasarkan untuk mencapai kemenangan mudah di negeri ini pada PRU 13, sekiranya ia diadakan dalam waktu terdekat.

"Kita perlu kerja kuat kerana Pas sebuah kerajaan dan mempunyai beberapa institusi yang boleh digunakan dan (mempunyai) kedudukan kewangan (yang baik).

"Tetapi, (dengan) pelbagai isu terkini termasuk (kes) Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang Pas sendiri resah.., orang kampung ramai pertikai, ini akan memberi kelebihan kepada BN," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, rakyat perlu menilai kejayaan kerajaan pimpinan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiktiraf dunia, berbanding pembangkang terutama Anwar yang lebih banyak bergelut dengan krisis moral dan integriti.

Pada masa sama, beliau mengingatkan pemimpin parti komponen supaya meningkatkan perpaduan mereka bagi membentuk satu pasukan yang kuat untuk menjamin kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.
- Utusan

SATU MELAYU:
Inilah warna air minum untuk rakyat Kelantan yang mampu disedia dan diuruskan oleh kerajaan Pas Kelantan walaupun telah memerintah lebih 20 tahun. Kalau airnya berwarna hijau boleh tahan juga.... Itu baru hebat....
Baguslah kalau BN di bawah pimpinan Tok Pa berjaya menawan Kelantan pada PRU ke-13 nanti. Rakyat telah terlalu lama menanti kata-kata sedemikain menjadi kenyataan. Lepas satu, satu pilihan raya, selama lebih 20 tahun, BN masih tidak berupaya memecah kebuntuan atas kehendak majoriti kecil rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Masalah di Kelantan bukannya masalah nasional tetapi masalah yang bertitik tolak daripada sikap dan pendirian rakyat negeri berkenaan yang tersepit dalam memahami ajaran sebenar Islam yang di bawa oleh Pas.

Oleh kerana Pas menggunakan jenama Islam dan mendakwa mengalahkan Pas bersrti menolak Islam, maka sebahagian besar rakyat yang keliru terus menyokong dan memberi undi kepada parti itu kerana mementingkan agama suci Islam. Sedangkan Islam yang di perjuangkan oleh Pas hanyalah sekadar slogan-slogan yang benbentuk ugutan, seolah-olah Nik Aziz Nik Mat adalah pemegang kunci pintu syurga.

Bagaimanapun, setelah pemimpin Pas dilihat jelas menyeleweng daripada perjuangan Islam kerana bersatu dengan PKR dan DAP selepas PRU-12, berkemungkinan rakyat Kelantan sanggup mengubah sokongan begitu ketara sekali.

Kalau dah nak minum air bersih pun tidak mampu diuruskan oleh kerajaan Pas, apa lagi yang boleh diharapkan rakyat terhadap kerajaan pimpinan Pas? Begitu juga dengan masalah kemiskinan yang menghimpit rakyat dan juga masalah sosial yang semakin teruk kerana rakyatnya tidak berjaya ditarbiahkan oleh Nik Aziz.

Kerana pemimpin Pas Kelantan sibuk dan asyik menumpukan perhatian kepada perjuangan memastikan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri, rakyat Kelantan sendiri terabai dan perjuangan Islam terpelanting masuk longkang.

Masalah yang timbul di negeri Kelantan hanya mampu diubah oleh rakyat negeri itu sendiri melalui undi pada PRU ke 13 nanti.

2 ulasan:

Kenn berkata...

Baguslah. Lagipun PAS Nik Aziz sudah terlalu lama di sana. Tiada siapa yang hendak menyanyikan lagu DINOSAUR ke sebagaimana yang dinyanyikan kepada Pehin Dato Sri Taib Mahmud dalam PRN Sarawak baru-baru ni?

Kaum cauvinis cina memang gerun kpd PDS Taib, sebab itulah mereka menyanyi lagu dinosaur. Tidak cukup dgn menyanyi, mereka turut juga MENYERGAH supaya ada juga dikalangan BN terikut sama menyanyikan lagu dinosaur itu.

Unknown berkata...

kalau Kelantan dapat ditawan oleh BN, seolah-olah sama seperti dapat menawan semua negeri seluruh Malaysia. Good luck.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog