Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 5 Mei 2011

ISU VIDEO SEKS: Kalau Ini Fitnah Besar, Kenapa Anwar Tidak Berani Saman, Sentuh Datuk Eskay?

WALAUPUN tidak mengaku dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau bukanlah pelaku yang terbabit dalam rakaman video seks itu namun sesuatu yang cukup menghairankan dan menjadi persoalan yang cukup besar Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sehingga kini bukan sahaja tidak mahu menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah malah tidak sedikit pun berani  menyerang Datuk Eskay.

Keadaan ini cukup meragukan sedangkan Anwar mendakwa video seks itu adalah satu fitnah yang amat besar dan orang yang bertanggungjawab membuat pendedahan itu adalah Datuk Eskay.

Anuar Shaari
“Inilah yang patut rakyat perhatikan kenapa Anwar sehingga kini tidak menyaman Datuk Eskay seperti mana yang sering dilakukannya kepada mana-mana pihak yang didakwa memfitnah beliau.

“Sudah hampir dua bulan kes video seks ini meletup tetapi Anwar bukan saja tak berani saman Datuk Eskay malah sedikit pun tak berani menyentuh siapa Datuk Eskay yang sebenarnya. Anwar hanya ghairah menuduh UMNO dan BN serta Tan Sri Rahim, sedangkan individu yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah Datuk Eskay… ini rakyat perlu sedar”, kata bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

Jelas beliau lagi Anwar juga sampai ke hari ini tidak berani menyaman bekas rakan permainan tenisnya, Datuk Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali sedangkan mereka berdua ini telah membuat pelbagai dakwaan kepadanya.

“Kalau betul ini fitnah Anwar awal-awal lagi patut saman dan bersedia berdepan di mahkamah.  Rakyat patut hairan Anwar tak mahu bersumpah, tak mahu buat ujian poligraf, tak mahu bagi DNA, tak mahu tunjuk jam Omega tapi berceramah ke serata alam mendakwa diri difitnah.

“Ini bukan soal perut dia buncit atau tidak, rambut dia lebat atau tidak atau perkara yang remeh temeh tapi soal fitnah…. Anwar ada banyak ruang untuk buktikan dia difitnah tapi dia tak mahu gunakan melainkan menggunakan pentas ceramah untuk buat penafian…. Ini patut rakyat faham dan persoalkan”, ujarnya.

Justeru beliau percaya Anwar akan terus selesa menggunakan pentas ceramah untuk membersihkan namanya walaupun ia sekadar penafian semata-mata.

Malah beliau turut tidak menolak kemungkinan betapa Datuk Eskay mempunyai ibu kunci yang bakal mendedahkan wajah sebenar Anwar Ibrahim.
-MediaUMNO

SATU MELAYU:
Cuma manusia-manusia yang meletakkan otaknya di kepala lutut sahaja yang menyokong kata-kata Anwar yang dirinya difitnah oleh Umno/BN.

 Nama Datuk Eskay sebelum ini tidak ramai yang kenal siapa dia. Cuma apabila kes video seks ini meletup, barulah rakyat seluruh Malaysia mengenalinya.

Yang diketahui umum. Datuk Eskay adalah bekas salah seorang sahabat karib yang sangat rapat dengan Anwar dan tahu banyak hal mengenai kehiduoan peribadi Ketua pembangkang itu.

Dan Eskay bukanlah orang pertama antara sahabat-sahabat Anwar yang meninggalkan bekas pemimpin ABIM itu. Ada berpuluh lagi nama-nama lain yang lebih awal cabut lari kerana tak tahan dengan hidup berpura-pura yang jadi amalan hidup peribadi dan juga politiknya.

Malangnya setiap kali sahabat-sahabatnya meninggalkannya dan membuat kenyataan-kenyataan yang mendedahkan pembohongan dan kehidupan songsang Anwar, sepantas kilat dia menuduh pemimpin Umno memperalatkan mereka.

Sekali dua, mungkin orang boleh terima, tapi kalau dah berpuluh kali, siapa yang akan percaya lagi dengan kata-katanya?

Jawabnya, kalau tak kerana bodoh dan bangang sudah tentu hanya orang sewel sahaja yang masih percaya....

1 ulasan:

vinniemoore berkata...

pemitnah ada kt mna2. sekira nya berita itu datang dari orang fasik. selidikilah dlu. KAU FAHAM TAK MAKSUD FASIK TU APE?

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog